.


photobucket

Friday, May 20, 2011

"Bila Tok Din Berkata .. "

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia ....


Tok din harap pembaca blog tok din semuanye berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu hendaknya.. Kali ni tok din nak sentuh sikit tulisan Tok Nal .... Pertama bila sebut pasal JKKK membelakangkan Penghulu Mukim dalam melaksana sesuatu aktiviti Tokdin rasa ad 3 sebab ... Yang pertama ,, ada dikalangan Pengerusi JKKK tak faham kedudukan JKKK dalam Jentera Kerajaan ( Berdasarkan arahan No 1 , Majlis tindakan Negara ) garis panduan yang dikeluarkan oleh KPLW ... Yang kedua ... tak sengaja atau sengaja ... Yang ketiga .. Sengaja ... Apa pun terima kasih pada Tok nal sebab ingatkan Tok din .. Insyaallah .. Dalam perjumpaan dengan ketua-ketua kampung ,, Tok din akan ingatkan rakan-rakan tok din .. Naik bulu roma tokdin bila tok nal puji tok din .. hehehehe.. Ikhlas tok din cakap , taklah sehebat mana kampung tok din . Tok din selalu ingatkan diri tok din, kerjaya tok din satu ibadat , ini pesanan arwah ayah tok din ,, " ibarat kain yang koyak inilah penampalnya .." .. tok din akui kelemahan tok din bila berkata-kata agak "laser" .. ni yang kadangkala orang tak seberapa suka .. Dalam tampin ni ada 41 buah JKKK .. Setiap JKKK mempunyai permasalahan yang berbeza .. Tok din rase belum terlambat pentadbiran daerah memperbaiki dan mengenal pasti puncanya ... Bagi tok din kaedah '3P' - Perancangan , Perlaksanaan , Pernilaian sangat-sangat penting .. Tok din rase Tuan DO , pemimpin-pemimpin lebih arif hal ni .. sebelum tok din undur diri .. tok din nak berpantun ...


Jangan dibuka pintu lukah ,
Kalau dibuka ikan meluru ,
Jangan suka mencari susah ,
Salah sendiri dicari dahulu ..


Sekian salam sayang dari tokdin .. insyaallah sehingga kita berjumpa lagi ......................

Wednesday, May 18, 2011

bicara hati

kadang-kadang kita rasa bosan untuk meneruskan apa yang kita telah mulai ....kadang-kadang kita terlalu mengikut rasa.... kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat itu merupakan   pengorbanan yang mungkin tidak diberi atau dibuat oleh orang lain ....namun kita sering lupa akan nilai tanggungjawab kita terhadap diri sendiri .... anak-anak kita.... ibu dan bapa kita ... jiran-jiran  kita .... ahli keluarga kita ... rakan-rakan kita ... saudara sesama islam...dan bangsa serta negara kita... oleh itu jangan lah kita alpa.... selagi kita hidup .....selagi itu kita perlu memberi dan menerima ... maka sesungguhnya bermuafakatlah dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita semuga ...semua yang dirancang  dapat berjalan dengan baik....   

Tuesday, May 3, 2011

"BILA TOK DIN BERKATA .......... "

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia ....


     Agak lama tok din tak menulis di Blog .. Ada peminat setua tok din buka Blog dan terus call tok din tanye mengapa  tak menulis ... Bukan apa... Cuma tok din agak sibuk dengan kegiatan kampung sehari 2 ni.. Pertamanya , warga kampung tok din bertambah kurang. Ketentuan dari Allh s.w.t ,, kepadanya kita datang kepada jua kita kembali ....Yang tok din renungkan, sebulan yang lalu setiap malam Jumaat kaum wanita yang meninggal dunia, masuk bulan April 2 kali Ahad kaum lelaki meninggal dunia ....


     Koperasi kampung tengah menambah Ahli... ianya terbuka kepada warga Tenai.. Ustaz Ghazali Zakaria menjadi Pengerusi.. Tok Din menyeru orang kampung supaya mendaftar. Yuran rm20.00 xamahal pun. Sham pun tak banyak mana... Fikir-fikirlah anak watan kampung yang berada diperantauan. Orang kampung asyik tanhya tok din bila peruntukkan banjir nak turun. Nak ganti jambatan yang runtuh,jalan yang rosak, bantuan anak ikan, bantuan pertanian dan bantuan putus hubungan ... Tok din jadi pening bila nak jawab .. Hanya yang boleh jawabkan ... SABAR JELAH ..... !!!!!


     Dalam masa yang sama tok din tengok, orang kampung dah mula bergoncang.. maksud tok din, ada suara-suara sinis  dah mula dengar .. "Kerajaan xda duit kot .." .. Projek di TV macam-macam dana yang dilancarkan.. Ada yang cakap "Iyo ko ni ????..." .. Yang kata "Jangan nak sodapkan hati yo !!..." Apa pun Tok din urut dada ... SABAR JELAH ..... Tak bimbang sebenarnya tapi tok din takut  "SINDROM BISU" wujud dikalangan orang kampung.... "SILINT PROTEST" akan meletop semasa PRU Ke 13... Tok din yakin rakan-rakan Tok din dalam politik boleh buat sesuatu .. Tok din tengok kakitangan kerajaan macam lepas tangan je ..... Bukan semua macam yang tok din kata ... tok din rasa , Pegawai Daerah Tampin lebih maklum.... Program turun padang ke setiap JKKK boleh jadi ukuran .....


    Kalau takde halangan. YAB Menteri Besar akan turun ke Zon Geduk pada 06hb.06.2011 termasuklah ke kampung tok din .. Tok din harap kedatangan MB dapat menyelesailkan beberapa perkara terutama melibatkan kepentingan rakyat..... Insyaallah.. ada mase kita berjumpa dilain hari ... Cuma kadangkala tok din susah nak tidur, bila orang kampung datang MENGADU .. MENGELUH .. MINTAK TOLONG DAN MERAYU .............. Fikir-fikirkanlah bersama ...
Sekian ,, wassalam ..................

LAPORAN AKTIVI JKKK KAMPUNG TENAI AIR GELUGOR SEPANJANG BULAN APRIL 2011

01.04.2011  -  Berkampung dirumah Encik Khamis bin Hassan


02.04.2011  - Majlis kenduri kahwin dirumah Encik Khamis bin Hassan


05.04.2011  - Program mengaji Al-Quran di Surau Tenai Hilir


06.04.2011  - Program latihan berzanji di Surau Tenai Hilir


07.04.2011  - Gotong royong membersih kawasan di TBK KEMAS Tenai


09.04.2011  - Majlis bacaan Yassin dirumah Siti Norpisah di Air Gelugor anjuran Biro Wanita JKKK


10.04.2011  - Majlis bacaan Yassin dirumah Encik Ku Md Khir bin Ariffin


12.04.2011  - Program mengaji Al-Quran di Surau Tenai Hilir


14.04.2011  - Kursus formal - Anyaman Rotan di Balairaya Masjid anjuran Risda bersama PWPK Kampung Tenai


15.04.2011  - Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Kampung Tenai di Balairaya Tenai dihadiri bersama wakil dari SKM


17.04.2011  - Majlis kenduri kahwin dirumah Encik Mansor


17.04.2011  - Kenduri tahlil arwah dirumah Hajjah Nyomah


25.04.2011  - Mesyuarat JKKK kali ke-2 di Balairaya Tenai tahun 2011


28.04.2011  - Program Taqarub anjuran JASA di Surau Tenai Hilir


28.04.2011  - Majlis kesyukuran dirumah Encik Shafiee bin Md Zin


30.04.2011  - Majlis Akikah dan pertunangan anak Encik Sumeh bin Kasim


30.4.2011  - Lawatan sambil belajar TBK KEMAS Tenai ke Melaka




Hal-hal lain :


1. 4 orang warga kampung menerima bantuan banjir dari YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di Dewan Serbaguna Gemas


2. Program membaca Yassin di Masjid Kariah Tenai setiap malam Jumaat


3. Kelas Takmir berjalan seperti biasa setiap hari Selasa malam Rabu


4. Program AIM berjalan seperti biasa setiap hari Isnin di Balairaya Tenai


5. 17.04.2011 - Encik Ku Md Khir meninggal dunia di IJN. YB Dato' Mohd Kamil hadir menziarahi dirumah arwah. Majlis bacaan Yassin berjalam selama 7 malam berturut-turut.


6.24.04.2011  - Cikgu Atan bin Shafie meninggal dunia di Hospital Tampin. Majlis bacaan Yassin berjalan selama 7 hari berturut-turut.


7. Kerosakkan paip berlaku lagi


8. Wabak penyakit "SAMPAK" yang mengakibatkan banyak ayam dikampung mati.


Sekian,wassalam.