antara ahli persatuan yang hadir ke mesyuarat
Monday, February 8, 2010
Mesyuarat Penyusunan Semula Pemuafakatan Majlis Kenduri-Kendara
Mesyuarat ini diadakan pada 7 Feb 2010 di Balairaya Kg Tenai Air Gelugor jam 3.00 petang bertujuan untuk menyusun semula permuafakatan kenduri kendara kampung yang mempunyai keahlian seramai 54 orang. Pemuafakatan yang sekian lama ditubuhkan ini diberi nadi pengerak baru supaya terus mantap dan terus berfungsi seperti yang diharapkan. Permuafakatan yang dipimpin oleh Tok Din ini menjadi penggerak utama dalam menyatu padukan penduduk kampung.Biasanya seminggu sebelum kenduri diadakan satu majlis pemuafakatan yang dipanggil ' berkampung' akan diadakan. Dalam majlis ini menu,perjalanan kenduri dan bilangan jemputan akan dibincangkan.Majlis perbincangan ini sangat penting sebagai persediaan awal .Tuan rumah akan menyediakan bahan-bahan keperluan yang diminta dan ahli persatuan terutama yang menjadi chef-chefnya akan membuat perancangan supaya kerja memasak berjalan teratur dan lancar.Semua perkara perlu dibincangkan dengan teliti dan mendapat kata sepakat antara tuan rumah dan ahli permufakatan.
Pada hari Kenduri berlangsung ahli-ahli perlu hadir seawal jam 8.00 pagi dan balik lebih kurang 2.15 petang.Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing.Agihan tugas akan disusun secara bergilir. Alhamdulillah kata sepakat sudah dicapai pada mesyuarat tersebut.Semuga dengan adanya mesyuarat majlis penyusunan semula Persatuan Kenduri-Kendara Kg Tenai Air Gelugor ini menjadikan majlis kenduri dikampung kita lebih tersusun dan lebih sistematik. Good Luck and akhir kata Kerja Sepakat Membawa Berkat.Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Kata kerana Sepakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nnti den nak wat kenduri nasi minyak sonang sket..
ReplyDeleteado jugak persatuan yg ringan tulang membantu..
gunung samo didaki, lurah samo dituruni..
(",)