Program tahunan Futsal Piala Pemuda Tampin 2010 DUN GEMENCHEH telah diadakan sekali lagi diadakan di Gelanggang Serbaguna Kg Tenai Air Gelugor pada sabtu lalu 27 Mac 2010. Program yang telah dirasmikan oleh Y Bhg Dato' Nasarudin b Mahmud bermula seawal 8.00pg . Semuga acara sukan para belia seperti ini dapat diteruskan demi mengeratkan hubungan diantara belia di kampung dan juga belia-belia di Daerah DUN Gemencheh ini...tahniah diucapkan kepada belia-belia DUN Gemencheh yang sentiasa aktif dan bertenaga ...lebih baik lagi ...sentiasa bekerjasama dan bersatu hati...contohnya belia-belia kampung yang bekerja diluar sanggup balik ..mengambil bahagian .. itulah semangat bersatu hati dikalangan belia kami....tahniah..menang ke kalah bukan jadi ukuran..yang penting semangat kesukanan ....yang ditunjukkan majulah sukan untuk negara...majulah belia ...harapan bangsa ...respect pada semua ...yang baik jadikan tauladan ....yang buruk jadikan sempadan....
Kehadiran Y.Bhg Datuk Nasarudin Muhamad Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin selaku penasihat program dan Ketua Kampung Tenai Air Gelugor- Tok Din
Peserta silat dari Persatuan Pencak Silat Kg Air Gelugor menunjukkan bakat semasa menyambut kehadiran Y.Bhg Datuk Nasarudin
Diantara para belia yang hadir seramai hampir dua puluh team ....semangat tu
begitu tekun mendengar dan menghayati ucapan perasmian dari
Y.Bhg. Datuk Nasarudin Muhamad
Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg. Datuk Nasaruddin Muhamad
Walaupun cuaca yang panas ....namun peserta dan penonton tetap bersemangat ...menyaksikan pertandingan
peserta team mana ni macam dah sabar nak masuk padang .....