Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen Tampin yang telah diadakan pada 18 Mac 2010 bertempat di MRSM Gemencheh.Kejohanan anjuran bersama Akademi Sukan Pencak Silat UMNO Bahagian Tampin,JASA Negeri Sembilan,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin,Gerakan Belia 4B Tampin,Pesaka Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negara dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin diadakan secara sederhana dan telah berjaya menarik perhatian YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor merangkap Menteri Kerja Raya Malaysia, Adun Gemencheh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dan beberapa Ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia dan rombongan Belia 4B diikuti dengan majlis menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin .....Persediaan bermula dengan mesyuarat AJK kerja dan pembentangan kertas kerja... yang telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Isam b Mohd Isa selaku Penasihat Kejohanan Pencak Silat kali ini....
Kejohanan Pencak ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dengan harapan agar Kejohanan Pencak Silat ini dapat mempertabat orang melayu dan agama Islam itu sendiri khasnya.
Acara pembukaan -pertunjukan seni silat dari para peserta
Acara Perasmian Penutup oleh YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor
Sebahagian Acara Pencak Silat yang dipertandingkan..
Penyampaian hadiah oleh YB Dato' Shaziman di Kemuncak Kejohanan Pencak Silat kali ini
Majlis Program Lawatan Ahli Exco Pemuda UMNO MALAYSIA
Ketibaan ahli rombongan ke Masjid Kg Tenai Air Gelugor
Kehadiran Ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Ahmad Darus disambut mesra oleh Saudara Mohd Isam b Mohd Isa
Ketua Pemuda Bahagian Tampin dan En Baharudin Rashid Ketua Kampung- Kg Tenai Air Gelugor
Ucapan dari Datuk Ahmad Darus Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Belia dan Sukan Pemuda UMNO Malaysia
Acara penyampaian bantuan kepada fakir miskin oleh Datuk Tengku Azman Exco UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang - yang tidak mampu tidak dilupakan
Jamuan makan tengahari turut disediakan sebagai tanda kesudian dan penghargaan dari pihak kampung menyambut dan meraikan tetamu yang hadir
Orang berbudi kita berbahasa- sedikit cenderahati dari wakil Pemuda Bahagian Cawangan Tampin Saudara Mohd Isam b Mohd Isa
kepada Ahli Exco yang hadir....
Ini program syok sendiri namanya...
ReplyDeletemakan pun ntah apa apa...gulai ayam
besar ibu jari..macam hampeh.sesiapa pun
yang ambil kontrak menyediakan makanan ni
memang tak berhati perut.Yang dapat nama busuk JKKK Kg Tenai.Tapi saya tahu sapa yang
sediakan makanan.
Tapi saya tabik dengan Ketua Kampung dan beberapa orang ahli kariah kg Tenai Air Gelugor yang bertungkus lumus memasak pada hari akhir kejohanan silat.walaupun makanan disediakan hanya untuk 100 orang termasuk rombongan dari exco pemuda Penang,tapi kami serbu jugak ke masjid Kg Tenai.
Memang sedap orang Kg Tenai ni masak.Hati yang panas terus jadi sejuk disebabkan masakan orang Kg Tenai.Tahniah Tok Din dan orang orang kampung yang masak,walaupun difahamkan bukan semua orang kg yang turun.
Diharap kalau ada lagi program mcm ni,biarlah
orang orang ini yang memasak.Trima Kasih sekali lagi untuk Tok Din dan orang orang kampung.
Sekian.
Orang Tampin
salam ,kami pihak penganjur amat menyesali kejadian yang tidak disangka....seperti ni kami dah telus dan memberi komitmen terbaik..tapi apakan daya disebabkan kesilapan teknikal maka berlakulah seperti tu.. tapi itu bukan kehendak kami ....namun begitu kami pihak penganjur memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kekurangan kami..semuga apa yang berlaku akan menjadi iktibar di lain kali.... namun janganlah marahkan nyamuk seekor habeh kelambu dibakar... kami merancang tuhan yang menentukan ..sekali lagi maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ....maafkan kami.
ReplyDeleteye lah, saya pun setuju tu. walaupun saya tak ada kena mengena dengan program tu, tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan kampung tenai dan aktivitinya... nak dibandingkan dengan para pemimpin yang terdahulu, dengan kuasa IT ni, banyak menampakkan pembangunan yang amat pesat di kampung tenai. Tahniah pada Tok Din. Ada masanya, mungkin apa yang diharapkan kurang menjadi, bukan disebabkan kurang kemahiran, cuma kadang2 tersilap perkiraan. Kadang-kadang kelapa setandan pun belum tentu elok semuanya.... begitulah kita sebagai manusia... Apa-apapun, tahniah sekali lagi atas kesungguhan kalian...KEPADA SEMUA WARGA TENAI!!!
ReplyDeletePatut jadikan benda ni semua pengajaran... bukan tahu nak dapat nama je.. walaupun ada orang baru yang jadi pemimpin patut rujuk orang lama jugak.. Ramai lagi orang pegi pasar malam gedok!!!!!!
ReplyDeletetahniah buat warga kg tenai,usha kalian bakal membuahkan kejayaan sbg sebuah kampung dan bangsa yang berjaya memupuk masyarakat dan suasana kampung yang gemilang dan ter bilang..................TAHNIAH
ReplyDeletebagus....terus mengadakan lbh byk prtndgn...majulah silat utk mlysia!!!(amin moncheh)
ReplyDelete