kehadiran kami disambut baik dengan mesra
Lawatan Balas JKKK ke Kg Air Melintas Besar amat mengujakan kami... walaupun lawatan JKKK tapi kami tak pergi dengan AJK sahaja .... penduduk kampung yang ada kesempatan dan peluang pun gi jugak .... sebab sesekali perlu gak kita keluar untuk melihat panorama dan mendapat pengalaman baru ditempat orang .....ye lah jauh perjalanan luas pemandangan...... otak pu refresh gak...
Kami bertolak awal seawal 10.30 malam 9 April 2010 bukan ape .....jauh tuu... singgah solat subuh di Masjid ...... sorry tak ingat nama masjid yang kami singgah tu.... mandi bagi badan segar sikit dan solat subuh .....lepas tu meneruskan perjalanan ke Kg Air Melintas Besar , Kepala Batas..
sampai kat sana lebih kurang pukul 8.00 pagi ... kami diberi sarapan pagi ..sebelum memulakan acara maklumkan semalaman dalam bas apalagi .....kelaparan ....
Selesai sarapan acara dimulakan dengan ucapan aluan dari JKKK dan macam-macam ucapan .........dan akhirnya bertukar-tukar cenderahati.......
Ucapan dari Datok Ahmad Derus sangat bersemangat dan begitu teruja dengan kehadiran JKKK Kg Tenai serta berasa sangat bangga dengan ikatan antara dua kampung yan dimulakan dengan Air yang akhirnya bertemu jua walaupun jauh beribu batu satu di utara .... satu lagi di selatan
ucapan balas Tok Din .....walaupun penat tapi masih mampu berucap panjang ...
Kg Air Melintas Besar ni lebih maju dari segi ICT dan segala produk kampung telah pun masuk dalam rancangan TV
kami sedang asyik menonton video yang ditayang- hasil produk kampung yang diusahakan secara komersial - buah pinangkering yang dimport, kilang sos dan kicap,kumpulan nasyid....kompang dan mereka dah ade lagu kampung .....
Cenderahati dari JKKK Kg Air Melintas Besar kepada Tok Din
Kalau Kg Air Melintas Besar begitu berbangga dengan nasi daging..... kalau kg Tenai Air Gelugor mestilah dengan rendang maman nye ....Mmmm sodap...
Yg Berbahagia Datin tak kekok bersila bersama penduduk kg dan kami bersama-sama menyumbang tenaga dalam menyiapkan rendang maman
kaum ibu dari kedua-dua kampung mengacau rendang maman..... walaupun pertama kali bersua tapi begitu mesra........
Sementara kaum ibu sibuk memasak.....para bapa pula dibawa melawat kilang dan produk di Kampung Air Melintas Besar.....
Begitulah Catatan lawatan kami .....banyak yang dapat dipelajari dan yang penting sekali kita perlu memperbaiki diri demi memajukan kampung yang kita sayangi ....jadi yang berbakat tu ....turun la ke padang menyumbang tenaga .... jangan mengharapkan segelintir tenaga yang dah lama ni ......kami mahukan .....kemajuan kampung kamjuan bersama.
sodap rondang mamam tuu..ndak ndak dongan ayam mudo....seleroo tuuu..
ReplyDeleterondang maman air tangan mak ongga yg pakai spek mato tue (my beloved aunty) memang sodap.. hehehe..
ReplyDelete