Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia ...
Tok Din harap semua pembaca Blog Tok Din sihat walafiat dan berada didalam Rahmat Allah swt. Kali ni Tok Din nak tulis sikit pasal program " TERJAH SAHUR" yang diadakan baru-baru ni di sebuah rumah anak buah di kampung Tenai .. Tok Din rasa sungguh terharu dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada YB ADUN, Dato' Mohd Kamil yang turut sama turun padang dalam menjayakan program Terjah Sahur dirumah Saudara Zulbahari bin Paim. Tok Din ucapkan terima kasih juga kepada Ybhg Datin Siti , rakan-rakan Tok Din dari Kg Sungai Dua dan Kg Geduk yang hadir sama. Kepimpinan kampung yang turut hadir , Ketua UMNO Cawangan - Saudara Khalid bin Md Dah , Nazir Masjid - Ustaz Ghazali, Tuan Imam- Tuan Ali Akhbar , pegawai-pegawai Masjid dan JKKK . Kepada krew ASTRO ( Al-Hijrah ) , untuk akhbar Sinar Harian , Berita Harian / Metro yang mahu turut sama , program Terjah Sahur macam dah jadi Kenduri tahlil arwah dah ... Tok Din ucapkan tahniah kepada orang-orang kampung Tok Din sebab penyediaan makanan Tok Din memang puji .
Apa yang ingin Tok Din sampaikan ialah :
1. Kepimpinan : Keprihatinan YB ADUN turun padang untuk masyarakat setempat .
2. Kumpulan Sasar SKRA : Penerima yang perlu diambil perhatian. Rumah penerima yang Tok Din pilih yang dapat kita sama-sama rasai simpati , kesusahan dan kepayahan hidup seharian seorang hamba Allah yang bergelar DUDA menjaga seorang ibu yang sudah uzur dan menjaga 5 orang anak yatim yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Tok Din cuba letak diri Tok Din didalam keadaan penerima.
1. Bukan senang nak jaga seorang ibu yang tengah uzur dan 5 orang anak apatah lagi ada anak yang masih menyusu .
2. Pekerjaan penerima yang sebagai penoreh getah dan pendapatan yang tak seberapa untuk menampung kos belanja harian yang tinggi serta kos persekolahan anak-anak.
3. Memikirkan dimana penerima dan anak-anak akan tinggal jika ditakdirkan ibu penerima meninggal dunia kerana rumah yang didiami adalah rumah pusaka. Ini kerana penerima tidak berhak ke atas tanah dan rumah pusaka tersebut. Cuma hanya sabar dan tawakal menjadi panduan buat penerima..
Ini adalah biodata penerima...
Nama penerima : Zulbahari bin Paim
Umur : 48 tahun
Pekerjaan : Penoreh getah
Status : Duda
Pendapatan : RM 800.00
Arwah Isteri.
Nama : Norhayati binti Ahmad
Umur: 39 tahun
Tarikh Meninggal : 27hb. Januari. 2011
Sebab Kematian : Sakit usus didalam perut.
Tanggungan :
1. Puan Sondah binti Layan
Umur: 82 tahun
Hubungan : Ibu .
Catatan: Penerima bantuan Baitulmall sebanyak RM 100.00 sebulan
2. Fatin Shuhadah binti Zulbahari
Umur: 18 tahun
Hubungan: Anak
Catatan: Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha, Gemencheh
3. Mohd Izuwan Najmi bin Zulbahari
Umur: 16 tahun
Hubungan: Anak
Catatan: Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha, Gemencheh
4. Mohd Ikhmal bin Zulbahari
Umur: 12 tahun
Hubungan: Anak
Catatan: Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua , Gemencheh
5. Mohd Iffan Naqiudin bin Zulbahari
Umur : 1 Tahun 7 bulan
Tok Din berharap agar keluarga Saudara Zulbahari mendapat sedikit keriangan menjelang Aidilfitri tahun ini. Tok Din faham perasaan sedih dan pilu keluarga yang akan dirasa.. Banyak hal didalam Program 'TERJAH SAHUR' kali ni yang dapat kita renung-renungkan bersama. Tok Din selalu ingat pesan arwah Ayah Tok din.. "kalau kita kaya , ada orang yang lebih kaya.... kalau kita susah , ada orang yang lagi susah.." Jumpa lagi dilain masa , insyaallah .. Banyak pulak Tok Din berceloteh maklumlah nak masuk ke ambang 60 tahun pada 20hb.Ogos... ni .. hehehehe.. Salam sayang dari Tok Din ...
No comments:
Post a Comment