.


photobucket

Saturday, December 17, 2011

Bila Tok Din Berkata . . . .

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ....

Salam kepada sidang pembaca blog Tok Din , agak lama Tok Din tak menulis di blog semenjak balik dari menjadi TETAMU ALLAH. Tok Din sibuk kembali dari Mekah menguruskan majlis pernikahan anak. Alhamdulillah... Majlis berjalan dalam suasana mesra, terima kasih Tok Din ucapkan pada pemimpin-pemimpin daerah tampin yang hadir daripada Pak Menteri, Adun, Pegawai Daerah dan rakan-rakan yang hadir. Kebetulan pula majlis diadakan pada 10hb 12 2011 sempena ulangtahun perkahwinan Tok Din yang ke 32 tahun. Tok Din terharu dengan kerjasama penduduk kampung demi menjayakan majlis tersebut.

Tok Din nak berkongsi sikit pengalaman perjalanan Tok Din semasa menjadi TETAMU ALLAH. Semasa Tok Din menerima tawaran dibawah Program 111 tajaan Yayasan MDB,Tok Din seakan-akan tak percaya.Perasaan takut maklumlah nak menjadi tetamu Allah untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5 macam-macam Tok Din dengar. Penerbangan Tok Din dari KLIA terus ke Madinah dengan menaiki Arab Saudi AirLines . Tiba saja di Medinah Tok Din mengucapkan salam kepada Rasulallah, memohon kepada Allah s.w.t. agar semua perjalanan dan ibadat Tok Din dipermudahkan.Di Lapangan Terbang Madinah semua jemaah dikehendaki cap 10 jari tangan di kaunter Imegrisen cuma yang menjadi tanda tanya dan Tok Din tak faham hanya Tok Din seorang sahaja yang tidak diminta cap jari. Apapun Tok Din bersyukur. Tok Din tengok Pak Arab yang bekerja dikaunter bekerja 'ikut selesa sendiri' tak macam petugas-petugas kita di Malaysia.Semasa di Madinah, Tok Din menginap di Hotel Movinpick bertaraf 5 bintang dan kebetulan berdekatan dengan Masjid Nabawi. Dalam masa 3 hari di Madinah, Tok Din kurang senang hati dengan sikap peniaga-peniaga disana, cara mereka yang menipu dengan perkataan 'HALAL' yang membuat Tok Din cepat naik angin contohnya ada jemaah wanita kita yang beli barang dengan harga 250 Rial dan membayar 500 Rial. Peniaga tersebut tak nak memulangkan baki wang dengan menyebut'HALAL'.Yang menghairankan lagi walaupun sudah nak habis jualan, alasan peniaga tidak ada duit syiling. Apapun Tok Din bersyukur kerana niat Tok Din mahu berjumpa dan bersalaman dengan Imam 1 Masjid Nabawi dimakbulkan Allah s.w.t. Tok Din rasa terharu dengan rakan-rakan Tok Din yang sentiasa jaga Tok Din. Alhamdulillah sikap cepat naik angin Tok Din reda. Semasa di Madinah jemaah membeli belah bagaikan luoa diri, ada jemaah membayar Duit pengahantaran Pos melalui Nation Wide yang menjangkau beribu Rial. Allah lebih maha mengatahui. Tiba-tiba dugaan Allah , pihak kerajaan Arab menyekat pengeluaran wang untuk para jemaah haji. Pada masa tu nampak panik dan kelam kabut para jemaah haji. Namun perkara tersebut dapat diatasi oleh Tabung Haji. Alhamdullilah sempurna 40 waktu solat di Masjid Nabawi. Jemaah Malaysia nampak khusyuk dan memuliakan Rawdah,tidak seperti jemaah lain yang bertumbuk dan bersikap yang pelik-pelik di Makam Nabi Muhammad saw.Alhamdulillah , perjalanan Tok Din ke Mekah lancar walaupun keadaan bas jemaah kami tidaklah cantik kalau nak dibandingkan dengan bas jemaah dari Indonesia.....

KETUKKAN YANG MENDEBARKAN DI BILIK 1420 ABRAJ JANNAD RIAH.

Tok Din ditempatkan di maktab 88,Nombor bilik 1420, Ibu Pejabat Tabung Haji seramai 7 orang jumlahnya. Jauhnya dari Masjidil Haram dalam lingkungan 900 meter kata pegawai Tabung Haji. Semasa di Mekah, Alhamdulillah Tok Din dapat menunaikan ibadat tanpa sebarang gangguan. Tok Din diberikan kekuatan dan kesabaran semasa menunaikan tawaf dan sa'ei. Terima kasih kepada rakan yang Tok Din kenali disana salah seorangnya pengawal peribadi kepada orang ternama di Malaysia yang juga rakan Tok din. Kebanyakkan rakan sebilik Tok Din adalah jemaah yang pergi bersama-sama isteri mereka. Nak dijadikan cerita, maksud ketukkan yang mendebarkan ialah , ketukkan dari isteri-isteri yang mahu berjumpa dengan suami masing-masing itu yang mahu Tok Din tiru tetapi tak dapat. Salah seorang akan mengetuk 3 kali iaitu untuk memberi isyarat kepada suami,yang sorang lagi mengetuk 2 kali cara mengetuk pintu macam cerita P.Ramlee yang dilakukan oleh Sudin yang mana seperti mengetuk botol. Setiap kali ketukkan didengar kami semua memasang telinga untuk mngetahui siapa yang akan dipanggil. Cukup menghiburkan. Rakan-rakan dalam bilik cukup mesra kami mempunyai karenah tersendiri sampailah masa kami nak wukuf di Arafah dan ke Mina. Kami bersyukur perjalanan kami berjalan lancar.Semasa di Mudzalifah setelah tiba lewat malam kami terus ke Mina. Kesian juga Tok Din tengok ada jemaah yang terpaksa menunggu sehingga tengah hari esoknya untuk sampai ke Mina disebabkan 'bas'.. Yang ini Tabung Haji kena tengok dan kaji kenapa dan mengapa, apakah ini 'BAHAGIAN MASING-MASING' sama-samalah kita renungkan.

Semasa di Mina tak dapat dibayangkan kesesakan didalam khemah. Cuma Tok Din kesian tengok kesulitan yang dihadapi oleh jemaah. Kesulitan tentang bilik air terutamanya, sepatutnya pihak Tabung Haji dan kerajaan Arab Saudi kena buat sesuatu. Banyak benda yang boleh ditahan tapi nak buang air kecil/besar TAK BOLEH NAK TAHAN.. Apakah ini dikatakan ujian..??? Tok Din juga bersyukur kerana sepanjang berada di Mina, Tok Din tidak diberikan sebarang kesulitan dan dikurniakan kekuatan untuk berulang alik untuk melontar selama 3 hari.. Insyaallah didalam CD melontar tahun hadapan mungkin keluar gambar Tok din dan rakan-rakan setelah wukuf.Selepas itu kami kembali semula ke Mekah untuk membuat tawaf Haji dan Sa'ei....

Ucapan penghargaan terima kasih Tok Din pada rakan-rakan Haji yang bersama-sama Tok Din dari Madinah hingga ke Mekah.Haji Darus , Tok Hussein, Tok Nal, Haji Md. Akhir, Ustaz Latif, Haji Zailan, Haji Ghani, Cikgu Nazri, Haji Husain, Pak Mat atau Pak Wan. Terima Kasih Tok Din pada rakan-rakan dari Tampin, Saudara Setiusaha Sulit Dato Syaziman, Abang Dato Syaziman, Cikgu Hanapi, Saudara Kuyau dan tidak lupa pada Dato SUK Negeri yang semaktab dengan Tok Din. Kenangan manis bersama mereka tetap dikenang hingga ke akhir ayat Tok Din.

Kesimpulannya untuk menunaikan ibadat Haji Tok Din ingat pesanan arwah ayah Tok Din "SETIAP GERAK LAKU KITA,WALAUPUN NAK KELUAR BILIK JANGAN LUPA NIAT"... Walau apapun perbuatan yang Tok Din lakukan , Insyaallah Tok Din berserah segalanya pada Allah s.w.t. Kalau Tok Din nak tulis bermuka-muka surat pun tak habis lagipun tak baik biarlah ianya menjadi ingatan Tok Din.. Tok Din bersyukur kepada Allah s.w.t. memberi kemudahan kepada Tok din.. Lagipun Tok Din takda ilmu, Tok Din memohon pada Allah s.w.t. mohon keampunan menerima taubat Tok Din. Diberikan keberkatan dan dipermudahkan dalam semua ibadat haji... Alhamdulillah .. segala puji bagi Allah.....
Sampai juga Tok Din ke kampung. Tok Din bersyukur segala perancangan yang Tok Din pohon pada kerajaan berjalan baik .. Membaiku 3 buah rumah PPRT,menurap jalan, kerja-kerja membuat jambatan baru.. Semua ini Allah makbulkan berkat doa semua. Insyaallah kita bertemu di lain kali.. Salam sayang dari Tok Din kepada pembaca blog ini ....

No comments:

Post a Comment