.


photobucket

Thursday, April 5, 2012

Bila Tok Din Berkata

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia .... Masa berlalu dengan begitu cepat .. Sedar tak sedar dah masuk bulan April 2012 ... Bahang PRU - 13 makin terasa. Tugas Tok Din meneliti Daftar Pemilih Induk N35 dan Suku ke 3 berakhir 30 September 2011. Insyaallah Suku ke 4 yang berakhir 30 Disember 2011 akan disertakan pertengahan bulan April 2012 mungkin diguna pakai pada PRU Ke 13 .. Kemungkinan awal Jun 2012 kita akan menghadapi PRU Ke 13 .. Agak-agak ajee .... Penambahan bilangan pengundi bagi PRU Ke 13 keseluruhannya begitu ketara.. Tok Din yakin dengan 57.40% pengundi MELAYU yang berjumlah 30,934 dapat mengekalkan kerusi BN di Parlimen Tampin dengan syarat seluruh Ahli UMNO yang mencecah belasan ribu ( 16 ke 17 ribu ) kalau tak silap dengan dibantu dengan rakan-rakan BN , MIC . MCA , PPP dan lain-lain bekerja dengan penuh semangat diatas prinsip setia kawan , ikhlas untuk parti Insyaallah akan berjaya ..... Melalui pengalaman Tok Din 3 perkara perlu dikikis dari sanubari Ahli Parti iaitu pertama ; Sikap Musang Berbulu Ayam , Kedua ; Silent Protest . Ketiga ; Sindrom Bisu .. Sama-samalah kita berfikir demi perjuangan parti - Wallahualam .. Sampai disini sahaja Tok Din coretkan semoga berjumpa lagi ... Tok Din harap rakan-rakan Tok Din dalam Parti TERUSKAN PERJUANGAN .. Salam sayang dari Tok Din ...

No comments:

Post a Comment