.


photobucket

Wednesday, December 1, 2010

AKTIVITI JKKK KG TENAI AIR GELUGOR SEPANJANG BULAN NOVEMBER 2010

O4.11.2010 : Majlis bacaan yasin / tahlil di Masjid Kg Tenai anjuran Tuan Haji Yaakob bin Maakik dan Saudara Khairuddin bin Mat Chah

05.11.2010 : Majlis kesyukuran dirumah Haji Zainuddin. Kerja-kerja gotong-royong penyembelihan lembu dilakukan bersama dari pagi ke malam.

06.11.2010 : Kenduri kendara dirumah Saudara Mihat

06.11.2010 : Rombongan pengantin ke Setiawan anak Puan Kamariah Silin

10.11.2010 : Mesyuarat Kenduri Kendara di Balai Raya Kg Tenai

12.11.2010 : Hari Kualiti Peringkat Sek. Keb. Sungai Dua, Gemencheh.

13.11.2010 : Majlis Kesyukuran dirumah bilal masjid ( Saudara Khairuddin bin Mat Chah

16.11.2010 : Majlis tahlil / takbir di Surau Kg Tenai Hilir sempena sambutan Hari Raya AidilAdha

19.11.2010 : Majlis kesyukuran dirumah Haji Maslan bin Madon

19.11.2010 : 5 ekor lembu korban sempena Hari Raya AidilAdha sumbangan oleh seluruh penduduk kampung.

24.11.2010 : Taklimat Tanah Terbiar oleh Jabatan Pertanian

27.11.2010 : Majlis Akikah dirumah Puan Sisah

28.11.2010 : Majlis Akikah dirumah Puan Fatimah Jaafar

Tuesday, November 9, 2010

Aktiviti - Aktiviti JKKK Kampung Tenai Air Gelugor Sepanjang Bulan Oktober 2010.

01.10.2010  - Jamuan Hari Raya di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua Jam 10 pagi.

01.10.2010  - Mesyuarat J/Kuasa Kerja Sambutan Hari Raya Peringkat Daerah bersama Gerakkan Belia 4B Daerah di Balai Raya Kg Tenai jam 8.30 malam.

05.10.2010  - Gotong-royog memasak di Masjid Kariah Kg Tenai ( menyembelih lembu seekor )

05.10.2010  - Rumah Terbuka & Jamuan Hari Raya bersama Belia 4B,J/Kuasa Masjid & JKKK.Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, Tahlil, Solat Isyak dan jamuan.Majlis turut dihadiri tetamu kehormat YB Dato Mohd Kamil & Isteri, Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian dan Pengerusi MBD.

06.10.2010  - Majlis berkampung dirumah Saudara Kassim bin Haji Manap.

08.10.2010  - Majlis Sambutan Hari Raya di Pejabat Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampn merangkap Bendahari JKKK Kg. Tenai

09.10.2010  - Majlis kenduri kendara dirumah Saudara Kassim bin Haji Manap

09.10.2010  - Majlis Kesyukuran dirumah Puan Hajah Zainab di Air Gelugor selepas Solat Asar.

12.10.2010  - Mesyuarat Khas J/Kuasa Masjid jam 8 malam

12.10.2010  - Mesyuarat JKKK kali ke-5 di Balai Raya Kg Tenai

13.10.2010   -Gotong royong di Masjid Kg Tenai sempena Pertandingan Keceriaan Masjid

14.10.2010  - Kedatangan Panel Hakim ke Masjid Kariah Kg Tenai

16.10.2010  - Kenduri Kesyukuran dirumah Saudara Mokhtar Hamid selepas Maghrib

16.10.2010  - Puan Salipah Deras meninggal dunia

17.10.2010  - Majlis Tahlil Arwah dirumah Puan Kamsiah Ariffin

22.10.2010  - Kenduri Tahlil di Surau Air Gelugor

27.10.2010  - Gotong-royong di Masjid Kg Tenai

28.10.2010  - Bengkel Pengurusan Jenazah Peringkat DUN di Masjid Kg Tenai. Perasmian penutup oleh YB Dato' Mohd Kamil Bin Abd. Aziz ADUN Kawasan Gemencheh.

30.10.2010  - Majlis Pernikahan anak perempuan Saudara Hassan Nusi di Masjid Kg Tenai

31.10.2010  - Kenduri kahwin dirumah Saudara Hassan Nusi

Sunday, September 26, 2010

AKTIVITI-AKTIVITI JKKK KG TENAI AIR GELUGOR SEPANJANG BULAN SEPETEMBER 2010

06.09.2010 - Majlis khtam Al-Quran di Masjid Kg Tenai
09.09.2010 - Takbir raya rumah ke rumah di Tenai Hilir & Tenai Tengah.
10.09.2010 - Sembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Kg Tenai
10.09.2010 - Kenduri tahlil di rumah Haji Ibrahim Maakik ( malam )
12.09.2010 - Kenduri akikah di rumah Alias Ondot ( t/hari )
12.09.2010 - Kenduri tahlil di rumah Hajah Somah ( t/hari )
12.09.2010 - Kenduri kesyukuran dirumah Imam Ali Akhbar
17.09.2010 - Encik Abas Bin Burok meninggal dunia dan dikebumikan di tanah perkuburan Air Gelugor
17.09.2010 - Kenduri tahlil di rumah Alias Manap selama 3 hari berturut-turut
18.09.2010 - Jamuan Hari Raya dirumah  S/U JKKK
18.09.2010 - Jamuan Hari Raya dirumah Suhaimizan Bizar
18.09.2010 - Kenduri kesyukuran dirumah Haji Hassan Manggis
19.09.2010 - Kenduri arwah dirumah Puan Salmah Manis
24.09.2010 - Jamuan Hari Raya dirumah Nazir Masjid, Ustaz Razali Zakaria
25.09.2010 - Majlis perkahwinan anak perempuan Puan Hajah Saloma
26.09.2010 - Jamuan Hari Raya dirumah Puan Che Jab Bujal

Monday, August 23, 2010

BULAN RAMADAN BULAN PAHALA

Bulan Ramadan bulan mulia ..... bersungguh-sungguhlah kita membuat kebaikan dengan penuh keikhlasan semuga semua kebaikan dan amalan kita diganjarai pahala yang merimpah luah ....

Wanita Kg Tenai Air Gelugor tidak melepaskan peluang keemasan ini mengadakan aktiviti untuk mengandakan pahala .... beramai-ramai  bertadarus untuk memenuhi masa dipagi hari di bulan ramadan yang mulia lagi berkat ini ..... malam pula dipenuhi dengan sunat tarawih .... di masjid ... di surau-surau dan ada juga yang dirumah sahaja.... apapun yang dibuat perlulah dengan penuh keikhlasan .....

Thursday, August 19, 2010

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI GEMENCHEH.....

Kali ini program peimpin  bersama rakyat YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dalam program Singgah Sahur DUN Gemencheh 2010 ....diadakan pada 19 Ogos 2010 di Kg Air Gelugor...YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz  turut menyampaikan ban tuan Hari Raya kepada En Chembeng  seorang warga emas dikampung ini.....YB Dato' sanggup turun pukul 4.00 pagu untuk bersahur bersama rakyat disamping menyampaikan bantuan hari raya .... dalam kita beribadat  warga emas juga tidak dilupakan dan turut diraikan bersama. .....rombongan YB Dato' seramai 20 orang itu disambut secara sederhana oleh tuan rumah dan juga  JKKK Kg Air Gelugor Tenai .... tahniah YB Dato' kerana sanggup turun bersahur bersama rakyat  ...........



Thursday, May 13, 2010

"BILA TOK DIN BERKATA"

13hb Mei 2010 ......

Program Bersama Pemimpin Komuniti ( CLOP ) bersama TNB, Tok Din hadir bersama di Dewan Bandaran Tampin. Tok Din ucap tahniah pada TNB kerana mengadakan program "RAKYAT DI DEKATI, KHIDMAT DIBAIKI".....Program cantik..jamuan sedap... tapi Tok Din terkilan,tak tahu dimana silapnya,,kurang sambutan...Yang ni TNB kene buat "post motem"..Dua2 ADUN hadir, mungkin jugak seminggu sebelum ni masalah yang berkaitan TNB dah disuarakan melalui perjumpaan dengan ketua2 kampung mungkin mereka anggap tak penting.... Apa pun Tok Din kesian jugak tengok staff TNB ke hulu ke hilir menyelesaikan segala aduan.. Daripada 46 aduan,43 aduan selesai..!! Apa yang Tok Din harap2kan ialah, komitmen pekerja TNB janganlah musim CLOP saje..Sama-samalah kita fikirkan....TNB dan Pengguna tak dapat dipisahkan... Sekian..Tahniah dari Tok Din.. Salam..

"BILA TOK DIN BERKATA"

Pada Rabu 12hb Mei 2010 dan sebelumnya isu "KETUA KAMPUNG ULAT BULU" menjadi berita hangat di dada Akhbar Sinar Harian. Apa yang menarik tarikh 12hb Mei 2010 ialah Kolum Suara Hati Komuniti daripada Ketua Puteri UMNO Bhg Tampin tentang isu "KETUA KAMPUNG ULAT BULU". Bagi Tok Din selaku YDP Ketua-Ketua Kampung Daerah Tampin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anakanda Ketua Puteri Bhgn atas ingatan kepada kami pangkat ayahanda.Namun kepada puteri-puteri, Tok Din tak nak komen sebab :

  • Isu tersebut masih dalam siasatan
  • Komen pun ibarat menepuk air didulang
  • Tok Din selalu berdiri didepan CERMIN
  • Tok Din anggap jangan jadikan "Seekor kerbau bawak lumpur habis terpalit semuanya"
Dengan nasihat Tok Din pada Ketua Puteri, jagalah puteri-puteri Tampin, dalam perkara sumbang ni ada yang bernasib baik dan yang tak bernasib baik.
Fikir-fikirkan anakanda puteri.

Wednesday, May 5, 2010

Lawatan Bench Mark JKKK Kg Tenai Air Gelugor Ke Kg Air Melintas Besar, Kepala Batas Pulau Pinang

kehadiran kami disambut baik dengan mesra

Lawatan Balas JKKK ke Kg Air Melintas Besar amat mengujakan kami... walaupun lawatan JKKK tapi kami tak pergi dengan AJK sahaja .... penduduk kampung yang ada kesempatan dan peluang pun gi jugak .... sebab sesekali perlu gak kita keluar untuk melihat panorama dan mendapat pengalaman baru ditempat orang .....ye lah jauh perjalanan luas pemandangan...... otak pu refresh gak...

Kami bertolak awal seawal 10.30 malam 9 April 2010 bukan ape .....jauh tuu... singgah solat subuh di Masjid ...... sorry tak ingat nama masjid yang kami singgah tu.... mandi bagi badan segar sikit dan solat subuh .....lepas tu meneruskan perjalanan ke Kg Air Melintas Besar , Kepala Batas..


sampai kat sana lebih kurang pukul 8.00 pagi ... kami diberi sarapan pagi ..sebelum memulakan acara maklumkan semalaman dalam bas apalagi .....kelaparan ....





Selesai sarapan acara dimulakan dengan ucapan aluan dari JKKK dan macam-macam ucapan .........dan akhirnya bertukar-tukar cenderahati.......



Ucapan dari Datok Ahmad Derus sangat bersemangat dan begitu teruja dengan kehadiran JKKK Kg Tenai serta berasa sangat bangga dengan ikatan antara dua kampung yan dimulakan dengan Air yang akhirnya bertemu jua walaupun jauh beribu batu satu di utara .... satu lagi di selatan

ucapan balas Tok Din .....walaupun penat tapi masih mampu berucap panjang ...
 
Kg Air Melintas Besar ni lebih maju dari segi ICT dan segala produk kampung telah pun masuk dalam rancangan TV

kami sedang asyik menonton video yang ditayang- hasil produk kampung yang diusahakan secara komersial - buah pinangkering yang dimport, kilang sos dan kicap,kumpulan nasyid....kompang dan mereka dah ade lagu kampung .....
cenderahati dari JKKK Kg Tenai Air Gelugor kepada JKKK Kg Air Melintas Besar
Cenderahati  dari JKKK Kg Air Melintas Besar  kepada Tok Din

Kalau Kg Air Melintas Besar begitu berbangga dengan nasi daging..... kalau kg Tenai Air Gelugor mestilah dengan rendang maman  nye ....Mmmm sodap...
Yg Berbahagia Datin tak kekok bersila bersama penduduk kg dan kami bersama-sama menyumbang tenaga dalam menyiapkan rendang maman




kaum ibu dari kedua-dua kampung mengacau rendang maman..... walaupun pertama kali bersua  tapi begitu mesra........

Sementara kaum ibu sibuk memasak.....para bapa  pula dibawa melawat kilang dan produk di Kampung Air Melintas Besar.....
Begitulah Catatan lawatan kami .....banyak yang dapat dipelajari dan yang penting sekali kita perlu memperbaiki diri demi memajukan kampung yang kita sayangi ....jadi yang berbakat tu ....turun la ke padang menyumbang tenaga .... jangan  mengharapkan segelintir   tenaga yang dah lama ni ......kami mahukan .....kemajuan kampung kamjuan bersama.  

Sunday, May 2, 2010

LAPORAN AKTIVITI JKKK KAMPUNG SEPANJANG BULAN MAC & APRIL 2010.

BULAN MAC

01.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN

05.03.2010 : Kenduri Sekampung Persiapan Program Sambutan Maulidur Rasul

06.03.2010 : Tuan Rumah Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN

08.03.2010 : Program Pencegahan dan Kesihatan anjuran Puteri UMNO Cawangan

10.03.2010 : Mesyuarat dan Taklimat Penerangan Borang E- Merah ICU

10.03 2010 : Mesyuarat J/Kuasa Induk Kejohanan Pencak Silat Piala Parlimen Kawasan Tampin

11.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Wanita UMNO Cawangan

12.03.2010 : Kunjungan Panel Hakim Anugerah Belia Negara Kategori Wira Tani ( Saudara Suhaimizan Bin Bizar )

15.03.2010 : Mesyuarat Khas J/Kuasa Sambutan Rombongan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke Masjid Kg. Tenai

16.03.2010 : Mesyuarat Pakatan Kenduri - Kendara di rumah Saudara Zurli

18.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Persediaan Pertandingan Pencak Silat Piala Parlimen Kawasan Tampin

19.03.2010 : Gotong - Royong di rumah Saudara Zurli

20.03.2010 : Majlis Sumbangan Fakir Miskin dan Rumah Mesra Rakyat bersama Rombongan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas di Masjid Kg. Tenai

20.03.2010 : Penyertaan JKKK dalam Program Pertandingan Pencak Silat Piala Parlimen Tampin di MRSM.

25.03.2010 : Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Dua

26.03.2010 : Pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian peringkat DUN di Padang Futsal Kg. Tenai

31.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Pertandingan Futsal peringkat Parlimen Tampin

Majlis Kenduri-kendara : 2
Kematian : 1 ( Siti Noraini Bte Sabar )
Kemalangan J/Raya : 1


BULAN APRIL 2010.

03.04.2010 : Pertandingan Futsal Piala Pemuda UMNO Bahagian dirasmikan oleh YB Saudara Khairi Jamaluddin

07.04.2010 : Mesyuarat khas lawatan kujungan balas ke Kepala Batas, Pulau Pinang

08.04.2010 : Mesyuarat JKKK kampung

09.04.2010 : Lawatan kunjungan balas ke Kepala Batas, Pulau Pinang anjuran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin bersama JKKK.

15.04.2010 : Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat bersama Jabatan-Jabatan Daerah Tampin

Kematian : 1 ( Haji Yusuf Sahu )
Perletakan Jawatan Setiausaha JKKK : Saudara Zurli Che Ali

Saturday, April 17, 2010

BILA TOK DIN BERKATA.........

Pada 10hb April 2010, rombongan JKKK Kg. Tenai Air Gelugor membuat KUNJUNGAN BALAS ke KG AIR MELINTAS BESAR di KEPALA BATAS. Tok Din berasa seolah-olah kampung yang dilawati tu dah bertahun-tahun kami kenali pemghuninya. Kemesraan serta layanan baik yang kami terima dari anak-anak buah YBHG Datuk Ahmad Derun bersama YBHG Datin serta penduduk kampung masih terbayang - bayang dimata.Apa yang hendak tok din katakan ialah peranan JKKK sebagai Duta Produk Kampung. Rombongan kami juga mempromosikan RENDANG MAMAN bercampur AYAM KAMPUNG yang ramuannya kami bawa KHAS. Pihak sana menyediakan santan dan ayam kampung. Disana aktiviti memasak dijalankan secara bergotong-royong. Tak lupa juga buah tangan yang dibawa dari kampung seperti lemang , kuih bahulu dan penganan sirat. Mereka juga memperkenalkan masakan tradisi mereka iaitu NASI DAGING.. Dalam erti kata, cara kami lakukan timbul kemesraan , keikhlasan terpancar diwajah yang datang dan yang menyambut.Produk kampung memainkan peranan tanpa disedari. Terima kasih Datuk dan seluruh Kg. Air Melintas Besar. Insyaallah panjang umur berjumpa lagi......................

Monday, March 29, 2010

FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA TAMPIN 2010

Program tahunan Futsal Piala Pemuda Tampin 2010 DUN GEMENCHEH telah diadakan sekali lagi diadakan di Gelanggang Serbaguna Kg Tenai Air Gelugor pada sabtu lalu 27 Mac 2010. Program yang telah dirasmikan  oleh Y Bhg Dato' Nasarudin b Mahmud bermula seawal 8.00pg . Semuga acara sukan para belia seperti ini dapat diteruskan demi mengeratkan hubungan diantara belia di kampung dan juga belia-belia di Daerah DUN Gemencheh ini...tahniah diucapkan kepada belia-belia DUN Gemencheh yang sentiasa aktif dan bertenaga ...lebih baik lagi ...sentiasa bekerjasama dan bersatu hati...contohnya belia-belia kampung yang bekerja diluar sanggup balik ..mengambil bahagian .. itulah semangat bersatu hati dikalangan belia kami....tahniah..menang ke kalah bukan jadi ukuran..yang penting semangat kesukanan ....yang ditunjukkan majulah sukan untuk negara...majulah belia ...harapan bangsa ...respect pada semua ...yang baik jadikan tauladan ....yang buruk jadikan sempadan.... 
Kehadiran Y.Bhg Datuk Nasarudin Muhamad  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin selaku penasihat program dan  Ketua Kampung Tenai Air Gelugor- Tok Din

Peserta silat dari Persatuan Pencak Silat Kg Air Gelugor menunjukkan bakat semasa menyambut kehadiran Y.Bhg Datuk Nasarudin
 
Diantara para belia yang hadir seramai hampir dua puluh team ....semangat tu

begitu tekun mendengar dan menghayati ucapan perasmian dari
Y.Bhg. Datuk Nasarudin Muhamad

 
Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg. Datuk Nasaruddin Muhamad



Walaupun cuaca yang panas ....namun peserta dan penonton tetap bersemangat ...menyaksikan pertandingan
peserta team mana ni macam dah sabar nak masuk padang .....

Wednesday, March 24, 2010

KEJOHANAN PENCAK SILAT PIALA AHLI PARLIMEN TAMPIN

Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen Tampin yang telah diadakan pada 18 Mac 2010 bertempat di MRSM Gemencheh.Kejohanan anjuran bersama Akademi Sukan Pencak Silat UMNO Bahagian Tampin,JASA Negeri Sembilan,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin,Gerakan Belia 4B Tampin,Pesaka Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negara dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin diadakan secara sederhana dan telah berjaya menarik perhatian YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor merangkap Menteri Kerja Raya Malaysia, Adun Gemencheh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dan beberapa Ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia dan rombongan Belia 4B diikuti dengan majlis menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin .....Persediaan bermula dengan mesyuarat AJK kerja dan pembentangan kertas kerja... yang telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Isam b Mohd Isa selaku Penasihat Kejohanan Pencak Silat kali ini....



Kejohanan Pencak ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dengan harapan agar Kejohanan Pencak  Silat ini dapat mempertabat orang melayu dan agama Islam itu sendiri khasnya.
Acara pembukaan -pertunjukan seni silat dari para peserta



Acara Perasmian Penutup oleh YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor
Sebahagian Acara Pencak Silat yang dipertandingkan..


Penyampaian hadiah oleh YB Dato' Shaziman di Kemuncak  Kejohanan Pencak Silat kali ini