.


photobucket

Friday, January 15, 2010

LAWATAN PEGAWAI VETERIAR DAERAH TAMPIN


kami penternak sentiasa ditunjukajar oleh pegawai dari Jabatan Veterinar Daerah Tampin


kegembiraan jelas terpancar bila kejayaan telah dicapai


lembu yang sihat menjadi keutamaan penternak


penternak lembu feedlot yang dicalon ke pertandingan penternak daerah


pengerusi JKKK kampung turut turun padang memberi sokongan kepada penduduk kampung


lawatan pegawai veterinar daerah bersama JKKK Kg Air Gelugor Tenai ke Ikhlas Farm


senyuman bangga suami hasil dorongan dan sokongan dari isteri tercinta

Tuesday, January 5, 2010

SEJARAH KG TENAI AIR GELUGOR

KAMPUNG AIR GELUGOR-TENAI DAN SEJARAHNYA

PENGENALAN

Ketika ini agak sukar untuk kita melihat ciri-ciri tradisinya masih dikekalkan samada cara kehidupan sosialnya, mahupun rumah-rumahnya di kampung-kampung di Negeri Sembilan kerana kebanyakan kampung-kampung ini berubah mengikut arus kemodenan dan pembangunan Negara semasa.  Namun begitu kampong Air Gelugor Tenai masih mengekalkan ciri-ciri rumah tradisi dan cara hidup yang sentiasa bermuafakat antara satu sama lain.  Dengan adanya pertumbuhan pesat Bandar-bandar berhampiran seperti Gemas dan Gemencheh pihak kampung telah mewujudkan peluang pekerjaan dengan membuka ladang-ladang sayur-sayur dan buah-buahan,pengeluar kuih tradisonal ,ternakan berskala besar demi memenuhi pemintaan dan bekalan Negara.


SEJARAH PENEROKAAN

Kampung AIR GELUGOR-TENAI dibuka sekitar 1900 iaitu 105 tahun yang lalu.  Kampung ini diterokai oleh KASIH dan adiknya SERUN.  Sebelum ini kampong ini adalah hutan menandakan kawasan hutan ini terdapat sumber air dan tanah yang subur mereka berdua telah meneroka tanah ini.  Kedua-dua beradik ini berasal dari keluarga FATIMAH yang berasal dari Gedok iaitu 5km dari kampong ini.  Dalam adat pepatih kaum wanita menjadi pewaris harta tanah pusaka dengan itu mereka berdua telah berusaha meneroka tanah untuk penempatan baru.

TUAN HJ AHMAD BIN SERUN iaitu anak kepada allahyarham SERUN menceritakan bahawa ayah dan bapa saudaranya telah berusaha menjadikan kawasan hutan ini kepada kawasan penempatan.Tuan Hj Ahmad, menceritakan nama kampung ini diambil sempena dari pokok asam gelugor yang ada dikawasan Empangan Batu &Kolam di Taman Reakrasi yang ada sekarang.  Pokok asam gelugor ini mempunyai buah yang lebat dan banyak jatuh kedalam sungai.  Begitu juga dengan nama Tenai, ianya diambil dari pokok yang banyak terdapat ditepi-tepi sawah padi di kawasan kampong ini.

Empangan batu yang ada hari ini asalnya dibina oleh Kasih untuk mengalirkan air kekawasan sawahnya.  Pada ketika itu ianya diperbuat dari kayu dikenali sebagai Empangan Pancang.

Allahyarham Serun semasa hayatnya merupakan Datuk Lembaga,Datuk Andaka serta merupakan Datuk Penghulu Kampung Air Gelugor.  Kampung ini juga merupakan tempat persinggahan ke Gemas di mana pada masa itu penduduk terpaksa berjalan kaki satu destinasi ke satu destinasi di Tanah Melayu sekitar 1920an.  Tempat persinggahan ini dikenali sebagai nama Perhentian Jering,disini mereka akan berhenti memasak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Menurut Tuan Hj Ahmad lagi, terdapat sebuah cerita dongeng berkenaan lubuk yang terletak berhampiran dengan masjid kampung Sungai Dua di mana lubuk ini mampu membunuh individu yang mengamalkan ilmu kebal dengan memasukkan orang kebal itu kedalam lubuk tersebut.  Sekian serba ringkasnya sejarah bermula Kampung Air Gelugor Tenai.

TOK DIN YDP KETUA KAMPUNG TAMPIN

Pengerusi JKKK yang juga Ketua Kampung Tenai Air Gelugor , Baharudin A Rashid atau Tok Din dipilih semula sebagai Yang Di Pertua Persatuan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tampin , baru-baru ini .

Beliau dipilih sebulat suara dalam majlis mesyuarat agung persatuan itu di rumah rehat kerajaan Tampin dimana YB Dato  Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh telah berkenan merasmikan mesyuarat agung itu .

Hadir sama dalam majlis itu ialah KPPD Gemas Encik Razali Bakar , Penghulu Gemencheh dan wakil daripada Persatuan Ketua Kampung Negeri Sembilan .

Dalam ucapannya , Tok Din meminta supaya pertadbiran JKKK di pisahkan daripada politik bagi menjamin keberkesanan peranan JKKK dalam menjalankan tugasnya kepada masyarakat kampung .



Katanya , memang cadangan awal perlantikan JKKK adalah daripada cawangan tetapi satelah perlantikan , sewajarnya Ketua Kampung diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan tugasnya .

Dengan cara itu katanya , Ketua Kampung dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan dan tanpa ada rasa bimbang bahawa tindakan yang diambil mendapat gangguan dari pihak lain .

Selain itu , beliau juga berharap supaya elaun pengerusi dan setiausaha JKKK dikaji semula supaya kadar yang ada sekarang dapat di pertingkatkan .

Menurutnya , keadaan ekonomi semasa menunjukan jumlah elaun itu terlalu kecil dan tidak setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab seseorang ketua kampung .

" Ketua kampung adalah segala-galanya di kampung dari mesyurat di daerah , dikampung  sampaikan kematian dan kemalangan serta pertikaian rumah tangga juga menjaga tugas Ketua kampung .

" Malahan ada Ketua Kampung yang terpaksa menyumbang dalam bentuk kewangan dan tenaga jika ada anak buah yang menghadapi musibah atau kesulitan ," katanya .

Beliau berharap , semua Ketua Kampung mempertingkatkan pengetahuan masing-masing supaya seiring dengan peredaran semasa .