.


photobucket

Saturday, December 31, 2011

Penyerahan Tugas Guru TBK KEMAS Kampung Tenai bermula 01hb.01.2012



Dari kiri : Norlizawati (PPMS), Puan Fairudz , Puan Sapiyah Abas

Setelah 10 tahun bertugas di TBK KEMAS Kg Tenai akhirnya Puan Sapiyah Abas bertukar ke TBK KTM Gemas. 30hb. 12. 2011 penyerahan tugas kepada Gutu TBK yang baru Puan Pairudz Aminuddi dan dibantu oleh Puan Norlizawati Abd. Wahab (PPMS). Selamat datang kepada yang baru , selamat berpisah kepada Puan Sapiyah. Jasa puan kepada warga Tenai hanya Allah s.w.t. yang membalasnya . Didoakan semoga Puan Sapiyah dapat menjalankan tugas lebih baik ditempat baru dan bahagia seisi keluarga. Inilah peraturan kerja yag ditukarkan atas arahan Jabatan. Terima kasih dari warga Tenai dan Selamat tahun Baru.

Friday, December 23, 2011

Bila Tok Din Berkata . . . .

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ....

Terlebih dahulu , Tok Din mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua barisan kepimpinan kampung. Alhamdulillah sebelum kita melabuhkan tirai 2011 , Tok Din merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Datuk Sri Mohamad Hassan, YB Dato' Shaziman Abu Mansor Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin, YB Dato Mohd Kamil Abdul Aziz ADUN Kawasan Gemencheh, Tuan Pegawai Daerah Tampin, Penghulu Mukim dan Agensi Kerajaan di Daerah Tampin yang memberikan sokongan dan menyumbangkan bantuan kepada kampung melalui JKKK.
Semoga tahun 2012 akan kita hadapi lebih bermakna. Tugas berat sedang menanti barisan JKKK. Diharapkan dapat menggembeling tenaga menjelang PRU 13. Semoga peruntukkan 2012 yang kita pohon dapat disalurkan dan yang penting sekali 'PERPADUAN' dikalangan masyarakat bertambah kukuh , pincang 'PERPADUAN' makan pincang didalam apa sahaja bentuk perlaksanaan aktiviti. Kekuatan kita terletak pada keikhlasan.
Tok Din mengambil kesempatan menyenarai beberapa projek yang diterima sepanjang tahun 2011 :
1. Sebuah rumah PPRT
2. Membaik pulih 3 buah rumah PPRT
3. Kerja-kerja membuat 2 buah jambatan
4. Naik taraf jalan Pertanian - 900 meter
5. Turap semula rangkaian jalan - 1.6 kilometer
6. Menambah jalan Tenai Tengah dan menurap laman Masjid
7. Membaiki pagar dan Balai Masjid
Anggaran keseluruhan projek yang diterima adalah RM EMPAT RATUS RIBU. Bagi sebuah kampung yang kecil ianya begitu besar pada kami. Syukur kepada Allah s.w.t teruskanlah pada tahun 2012. Peruntukkan projek seperti naik taraf jalan , pembinaan rumah PPRT , naik turap jalan dan beberapa pasarana yang lain dapat kita terima pada tahun 2012.Insyaallah. Sekian salam sayang dari Tok Din untuk para pembaca Blog.




















Saturday, December 17, 2011

Bila Tok Din Berkata . . . .

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ....

Salam kepada sidang pembaca blog Tok Din , agak lama Tok Din tak menulis di blog semenjak balik dari menjadi TETAMU ALLAH. Tok Din sibuk kembali dari Mekah menguruskan majlis pernikahan anak. Alhamdulillah... Majlis berjalan dalam suasana mesra, terima kasih Tok Din ucapkan pada pemimpin-pemimpin daerah tampin yang hadir daripada Pak Menteri, Adun, Pegawai Daerah dan rakan-rakan yang hadir. Kebetulan pula majlis diadakan pada 10hb 12 2011 sempena ulangtahun perkahwinan Tok Din yang ke 32 tahun. Tok Din terharu dengan kerjasama penduduk kampung demi menjayakan majlis tersebut.

Tok Din nak berkongsi sikit pengalaman perjalanan Tok Din semasa menjadi TETAMU ALLAH. Semasa Tok Din menerima tawaran dibawah Program 111 tajaan Yayasan MDB,Tok Din seakan-akan tak percaya.Perasaan takut maklumlah nak menjadi tetamu Allah untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5 macam-macam Tok Din dengar. Penerbangan Tok Din dari KLIA terus ke Madinah dengan menaiki Arab Saudi AirLines . Tiba saja di Medinah Tok Din mengucapkan salam kepada Rasulallah, memohon kepada Allah s.w.t. agar semua perjalanan dan ibadat Tok Din dipermudahkan.Di Lapangan Terbang Madinah semua jemaah dikehendaki cap 10 jari tangan di kaunter Imegrisen cuma yang menjadi tanda tanya dan Tok Din tak faham hanya Tok Din seorang sahaja yang tidak diminta cap jari. Apapun Tok Din bersyukur. Tok Din tengok Pak Arab yang bekerja dikaunter bekerja 'ikut selesa sendiri' tak macam petugas-petugas kita di Malaysia.Semasa di Madinah, Tok Din menginap di Hotel Movinpick bertaraf 5 bintang dan kebetulan berdekatan dengan Masjid Nabawi. Dalam masa 3 hari di Madinah, Tok Din kurang senang hati dengan sikap peniaga-peniaga disana, cara mereka yang menipu dengan perkataan 'HALAL' yang membuat Tok Din cepat naik angin contohnya ada jemaah wanita kita yang beli barang dengan harga 250 Rial dan membayar 500 Rial. Peniaga tersebut tak nak memulangkan baki wang dengan menyebut'HALAL'.Yang menghairankan lagi walaupun sudah nak habis jualan, alasan peniaga tidak ada duit syiling. Apapun Tok Din bersyukur kerana niat Tok Din mahu berjumpa dan bersalaman dengan Imam 1 Masjid Nabawi dimakbulkan Allah s.w.t. Tok Din rasa terharu dengan rakan-rakan Tok Din yang sentiasa jaga Tok Din. Alhamdulillah sikap cepat naik angin Tok Din reda. Semasa di Madinah jemaah membeli belah bagaikan luoa diri, ada jemaah membayar Duit pengahantaran Pos melalui Nation Wide yang menjangkau beribu Rial. Allah lebih maha mengatahui. Tiba-tiba dugaan Allah , pihak kerajaan Arab menyekat pengeluaran wang untuk para jemaah haji. Pada masa tu nampak panik dan kelam kabut para jemaah haji. Namun perkara tersebut dapat diatasi oleh Tabung Haji. Alhamdullilah sempurna 40 waktu solat di Masjid Nabawi. Jemaah Malaysia nampak khusyuk dan memuliakan Rawdah,tidak seperti jemaah lain yang bertumbuk dan bersikap yang pelik-pelik di Makam Nabi Muhammad saw.Alhamdulillah , perjalanan Tok Din ke Mekah lancar walaupun keadaan bas jemaah kami tidaklah cantik kalau nak dibandingkan dengan bas jemaah dari Indonesia.....

KETUKKAN YANG MENDEBARKAN DI BILIK 1420 ABRAJ JANNAD RIAH.

Tok Din ditempatkan di maktab 88,Nombor bilik 1420, Ibu Pejabat Tabung Haji seramai 7 orang jumlahnya. Jauhnya dari Masjidil Haram dalam lingkungan 900 meter kata pegawai Tabung Haji. Semasa di Mekah, Alhamdulillah Tok Din dapat menunaikan ibadat tanpa sebarang gangguan. Tok Din diberikan kekuatan dan kesabaran semasa menunaikan tawaf dan sa'ei. Terima kasih kepada rakan yang Tok Din kenali disana salah seorangnya pengawal peribadi kepada orang ternama di Malaysia yang juga rakan Tok din. Kebanyakkan rakan sebilik Tok Din adalah jemaah yang pergi bersama-sama isteri mereka. Nak dijadikan cerita, maksud ketukkan yang mendebarkan ialah , ketukkan dari isteri-isteri yang mahu berjumpa dengan suami masing-masing itu yang mahu Tok Din tiru tetapi tak dapat. Salah seorang akan mengetuk 3 kali iaitu untuk memberi isyarat kepada suami,yang sorang lagi mengetuk 2 kali cara mengetuk pintu macam cerita P.Ramlee yang dilakukan oleh Sudin yang mana seperti mengetuk botol. Setiap kali ketukkan didengar kami semua memasang telinga untuk mngetahui siapa yang akan dipanggil. Cukup menghiburkan. Rakan-rakan dalam bilik cukup mesra kami mempunyai karenah tersendiri sampailah masa kami nak wukuf di Arafah dan ke Mina. Kami bersyukur perjalanan kami berjalan lancar.Semasa di Mudzalifah setelah tiba lewat malam kami terus ke Mina. Kesian juga Tok Din tengok ada jemaah yang terpaksa menunggu sehingga tengah hari esoknya untuk sampai ke Mina disebabkan 'bas'.. Yang ini Tabung Haji kena tengok dan kaji kenapa dan mengapa, apakah ini 'BAHAGIAN MASING-MASING' sama-samalah kita renungkan.

Semasa di Mina tak dapat dibayangkan kesesakan didalam khemah. Cuma Tok Din kesian tengok kesulitan yang dihadapi oleh jemaah. Kesulitan tentang bilik air terutamanya, sepatutnya pihak Tabung Haji dan kerajaan Arab Saudi kena buat sesuatu. Banyak benda yang boleh ditahan tapi nak buang air kecil/besar TAK BOLEH NAK TAHAN.. Apakah ini dikatakan ujian..??? Tok Din juga bersyukur kerana sepanjang berada di Mina, Tok Din tidak diberikan sebarang kesulitan dan dikurniakan kekuatan untuk berulang alik untuk melontar selama 3 hari.. Insyaallah didalam CD melontar tahun hadapan mungkin keluar gambar Tok din dan rakan-rakan setelah wukuf.Selepas itu kami kembali semula ke Mekah untuk membuat tawaf Haji dan Sa'ei....

Ucapan penghargaan terima kasih Tok Din pada rakan-rakan Haji yang bersama-sama Tok Din dari Madinah hingga ke Mekah.Haji Darus , Tok Hussein, Tok Nal, Haji Md. Akhir, Ustaz Latif, Haji Zailan, Haji Ghani, Cikgu Nazri, Haji Husain, Pak Mat atau Pak Wan. Terima Kasih Tok Din pada rakan-rakan dari Tampin, Saudara Setiusaha Sulit Dato Syaziman, Abang Dato Syaziman, Cikgu Hanapi, Saudara Kuyau dan tidak lupa pada Dato SUK Negeri yang semaktab dengan Tok Din. Kenangan manis bersama mereka tetap dikenang hingga ke akhir ayat Tok Din.

Kesimpulannya untuk menunaikan ibadat Haji Tok Din ingat pesanan arwah ayah Tok Din "SETIAP GERAK LAKU KITA,WALAUPUN NAK KELUAR BILIK JANGAN LUPA NIAT"... Walau apapun perbuatan yang Tok Din lakukan , Insyaallah Tok Din berserah segalanya pada Allah s.w.t. Kalau Tok Din nak tulis bermuka-muka surat pun tak habis lagipun tak baik biarlah ianya menjadi ingatan Tok Din.. Tok Din bersyukur kepada Allah s.w.t. memberi kemudahan kepada Tok din.. Lagipun Tok Din takda ilmu, Tok Din memohon pada Allah s.w.t. mohon keampunan menerima taubat Tok Din. Diberikan keberkatan dan dipermudahkan dalam semua ibadat haji... Alhamdulillah .. segala puji bagi Allah.....
Sampai juga Tok Din ke kampung. Tok Din bersyukur segala perancangan yang Tok Din pohon pada kerajaan berjalan baik .. Membaiku 3 buah rumah PPRT,menurap jalan, kerja-kerja membuat jambatan baru.. Semua ini Allah makbulkan berkat doa semua. Insyaallah kita bertemu di lain kali.. Salam sayang dari Tok Din kepada pembaca blog ini ....

Saturday, October 29, 2011

Bila Tok Din Berkata ..

Dikesempatan yang ada ini Tok Din mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua kenalan Tok Din..... tok din minta maaf zahir dah batin, buat masa ni tok din berada di Mekah, menjadi tetamu allah. beradanya tok din dimekah adalah ketentuan Ilahi. tok din sendiri tidak menyangka sama sekali apapun tok din terima dengan penuh keinsafan banyak pengalaman dan pengajaran yang tok din terima. sekarang ni tok din dan rakan-rakan menanti hari Ukuf dengan penuh debaran. jauh disudut hati tok din terasa rindu pada keluaga dan orang kampung tok din. tok din begitu terharu dengan doa dari saudara mara dan orang kampung, linangan air mata orang kampung melambangkan keikhlasan hati mereke mendoakan pemergian tok din ketanah suci . insyaallah diizinkan allah kita akan bertemu lagi dilaman blog ini. salam sayang dari tok din, dari tanah suci.



Saturday, September 17, 2011

Sambutan Hari Malaysia Dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama Pemimpin Di Tabika KEMAS Kg Tenai , Gemencheh


Upacara Menaikkan bendera Malaysia dan Nyanyian Lagu Negaraku dari murid-murid Tabika KEMAS Kg Tenai






Pertandingan Kolaj dari murid-murid




Memotong kek sempena Hari Lahir murid-murid Tadika


Ucapan daripada Pengerusi Tabika KEMAS ; Encik Baharuddin bin Haji Rasid


Penyampaian hadiah daripada Ketua UMNO Cawangan ; Saudara Khalid bin Md Dah

Penyampaian hadiah daripada Ketua Puteri UMNO Cawangan ; Puan Junaidah



Sunday, September 4, 2011

Laporan Aktiviti JKKK Kg Tenai Air Gelugor Sepanjang Bulan Ogos 2011

01.08.2011 - Hari Pertama Ramadhan - program Tadarus di Masjid Kg Tenai dan Surau Tenai Hilir

02.08.2011 - Program Tadarus di Surau Tenai Hilir oleh Perkumpualan Wanita setiap pagi disepanjang bulan Ramadhan sehingga khatam.

03.08.2011 - Melawat Imam Masjid 2 di Hospital Besar Tuanku Jaafar , Seremban dan melawat Ibu mertua Nazir Masjid.

06.08.2011 - Majlis berbuka puasa dan tahlil arwah dirumah Tuan Haji Hashim bin Manggis

11.08.2011 - Setiusaha JKKK dimasukkan ke IJN kerana serangan jantung.

12.08.2011 - 2 orang anak yatim menerima bantuan sumbangan Berbuka Puasa daripada ADUN di Masjid Sungai Dua

17.08.2011 - Jam 4 pagi - Program Terjah Sahur ke rumah Saudara Zulbahari bin Paim bersama YB Dato' Mohd Kamil dan Ybhg Datin , Tv Al-Hijrah (ASTRO) , pembantu Akhbar Sinar Harian , Metro dan Berita Harian.

20.08.2011 - Majlis tahlil arwah di Surau Tenai Tengah selepas solat terawih

22.08.2011 - Penyampaian sumbangan untuk ibu-ibu tunggal dan bapa-bapa tunggal di Surau Tenai Hilir sumbangan daripada TNB dan diwakili oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Rasid.

29.08.2011 - Takbir rumah ke rumah pada malam raya di Tenai Hilir , Tenai Tengah dan Air Gelugor.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Dari Tok Din


Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1 Malaysia ......

Dikesempatan ni Tok Din dengan rendah diri , penuh kesedaran memohon kemaafan kepada semua kenalan Tok Din.. Pemimpin - pemimpin , YB - YB , Ketua - Ketua Kampung , Ketua - Ketua UMNO cawangan , Wanita , Pemuda dan Puteri ... AJK badan yang Tok Din duduk bersama , AJK JKKK , Masjid kampung Tok din dan seluruh penduduk kampung Tenai ....

Sebagai manusia biasa , Tok Din mengakui ada melakukan kesilapan samada sengaja atau tak sengaja Tok Din lakukan. Tok Din memohon keampunan dari Allah s.w.t seperti didalam surah An-Nisa ayat 28

" Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. "

Tok Din juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada pemimpin-pemimpin kita , agensi-agensi yang terlibat , Pemuda UMNO , PEKERTI dan sesiapa jua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung didalam menghulurkan bantuan kepada anak-anak buah Tok Din sepanjang bulan Ramadhan ni... Semoga Allah s.w.t. yang membalasnya. Syukur alhamdulillah kerana duduk dibawah bumi yang bertuah ini ...

Salam Syawal dari Tok Din dan Keluarga ....


Sumbangan Ikhlas bagi pihak YB ADUN Kawasan Gemencheh kepada Tuan Imam 2 Masjid Kariah Kampung Tenai kepada Tuan Ithnin bin Jumaah yang hilang keupayaan kerana kaki kirinya dipotong kerana masalah kesihatan.



Friday, August 26, 2011

Terima Kasih YB Dato' Hajjah Zainab Binti Nasir ...

Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih


kepada YB Dato' Hajjah Zainab bin Nasir diatas sumbangan peruntukan kepada Persatuan Ketua - Ketua Kampung Daerah Tampin dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Daerah Tampin pada 26hb.Ogos.2011.

Tuesday, August 23, 2011

Sumbangan Untuk Ibu Dan Bapa Tunggal Bagi Ahli Kariah Surau Tenai Hilir

Pada 22hb. Ogos. 2011 , semua ibu-ibu tunggal seramai 7 orang dan bapa-bapa tunggal seramai 3 orang di Kariah Surau Tenai Hilir telah menerima sedikit sumbanagn barang-barang keperluan harian daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB)... Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat TNB Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Rasid. Bagi pihak AJK Surau ribuan terima kasih kami ucapkan kepada TNB... Insyaallah pada 28hb. Ogos. 2011 , nanti ada lagi sumbangan yang akan disampaikan. Adalah disarankan supaya Pengerusi Surau yang lain berusaha mendapatkan penderma bagi untuk diagihkan sumbangan kepada ahli-ahli kariah masjid atau surau yang layak....



Sumbangan kepada ibu-ibu tunggal ;




Hati-hati angkek tu .. borat ..




Bagi ibu tunggal yang tidak dapat hadir kerana uzur , ado jugak wakil tolong ambik an ....








Sumbangan kepada bapa tunggal .. ni bagi kek wakil .. hehehe



Bapa tunggal ; Saudara Aznam bin Ahmad



Terima kasih Saudara Alias ,, kerana mengecat surau kito tahun ni .. Jasa mu dikenang ...




Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Haji Ahmad Zaki kerana sudi menyampaikan sumbangan .. Semoga budi baik dan amalan kita diterima oleh Allah swt dibulan Ramadhan ini ...






















Friday, August 19, 2011

:: Bila Tok Din Berkata ::


Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia ....

Tok Din sibuk atur anak buah Tok Din poie terimo bantuan JKM , Baitullmal , KEMAS ... Pada 18hb. Ogos. 2011 ,, Tok Din di masjid Repah .. Majlis berbuka puasa. Penyampaian bantuan untuk AJK Masjid dan lain-lain.... Tahniah pada penganjur ..Pado maso yang samo ado jugak ketua-ketua kampung , rakan Tok Din yang bertanyo .. "Kito ni kojo eh nganta orang jo ko ?... " Tok Din nasihatkan rakan-rakan Tok Din , sabarlah ... Inilah amal jariah di bulan puaso... Kito tiap=tiap bulan dapek elaun , diorang setahun sekali ajo... Apo pun Tok Din sampaikan jugak melalui Blog ni pado YB Parlimen dan YB ADUN.... Nengok-nengok lah sikit tok ketuo-ketuo kampung ni haa....

19hb. Ogos. 2011 ,, Tok Din diminta menjadi pengiring kepada 4 orang ibu tunggak ke Program Bantuan Hari Raya anjuran PEKERTI Negeri di Seremban. Perasmian dibuat oleh YAB MB .. Terlebih dahulu terima kasih kepada Datin Siti sebab pilih kampung Tok Din dan Kampung Batang Rokan. Ini kali ke-2 Tok Din ke Dewan Pekerti , yang pertama sebelum raya tahun lepas. Apa yang nak Tok Din sokong sikit ucapan YAB MB masa ucapan perasmian ;

1. Nasihat MB - Masa raya ni ibu tunggal jangan beraya sakan. Jimat-jimatlah sikit.. Berbelanja biar ala kadar ... RAYA TETAP RAYA.. YAB MB beri contoh ; "kokok ayam menjelang Subuh bukan dek sobab kokok ayam itu Subuh. Subuh tu lumrah alam. Ayam tak berkokok pun, Subuh pasti datang ... Fikir-fikirkan lah ......

2. Pasal Kibar Jalur Gemilang - YAB MB nampak sinis , geram, semuanya ada.. Macam mano kek pokan Soromban susah nak tengok kedai-kedai pasang bendera.. YAB MB nak kato peniag0-peniago tak roti bersyukur , kayo-rayo boli bendera pun tak nak ... DAH LAH DUDUK DALAM NEGARA AMAN ... TAK FAHAM-FAHAM ... TOLINGA TOBA !!! hehehehehe ... Goli hati Tok Din .. Padan muko yang bolum pasang ....

Akhir sekali , Tok Din ulang cakap YAB MB ,beliau tegaskan SUMBANGAN KERAJAAN bukan SUMBANGAN PILIHAN RAYA ... tapi sumbangan hari RAYA ..... Tiap-tiap bulan kerajaan salurkan sumbangan bantuan melalui agensi kerajaan .. Sonang nak faham ehh .. NI BUKAN SUMBANGAN BERMUSIM ... sekian salam sayang dari Tok Din.. Dapat kito jumpo dilain kali .. Insyaallah ....


Torsonyum simpul Tok Din bersalaman dongan YAB MB ... Hehehehe

Semoga segala amal jariah dan amalan kita diterima Allah swt hendaknya ... Amin....


:: Bila Tok Din Berkata ::

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia ...

Tok Din harap semua pembaca Blog Tok Din sihat walafiat dan berada didalam Rahmat Allah swt. Kali ni Tok Din nak tulis sikit pasal program " TERJAH SAHUR" yang diadakan baru-baru ni di sebuah rumah anak buah di kampung Tenai .. Tok Din rasa sungguh terharu dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada YB ADUN, Dato' Mohd Kamil yang turut sama turun padang dalam menjayakan program Terjah Sahur dirumah Saudara Zulbahari bin Paim. Tok Din ucapkan terima kasih juga kepada Ybhg Datin Siti , rakan-rakan Tok Din dari Kg Sungai Dua dan Kg Geduk yang hadir sama. Kepimpinan kampung yang turut hadir , Ketua UMNO Cawangan - Saudara Khalid bin Md Dah , Nazir Masjid - Ustaz Ghazali, Tuan Imam- Tuan Ali Akhbar , pegawai-pegawai Masjid dan JKKK . Kepada krew ASTRO ( Al-Hijrah ) , untuk akhbar Sinar Harian , Berita Harian / Metro yang mahu turut sama , program Terjah Sahur macam dah jadi Kenduri tahlil arwah dah ... Tok Din ucapkan tahniah kepada orang-orang kampung Tok Din sebab penyediaan makanan Tok Din memang puji .

Apa yang ingin Tok Din sampaikan ialah :

1. Kepimpinan : Keprihatinan YB ADUN turun padang untuk masyarakat setempat .

2. Kumpulan Sasar SKRA : Penerima yang perlu diambil perhatian. Rumah penerima yang Tok Din pilih yang dapat kita sama-sama rasai simpati , kesusahan dan kepayahan hidup seharian seorang hamba Allah yang bergelar DUDA menjaga seorang ibu yang sudah uzur dan menjaga 5 orang anak yatim yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Tok Din cuba letak diri Tok Din didalam keadaan penerima.

1. Bukan senang nak jaga seorang ibu yang tengah uzur dan 5 orang anak apatah lagi ada anak yang masih menyusu .

2. Pekerjaan penerima yang sebagai penoreh getah dan pendapatan yang tak seberapa untuk menampung kos belanja harian yang tinggi serta kos persekolahan anak-anak.

3. Memikirkan dimana penerima dan anak-anak akan tinggal jika ditakdirkan ibu penerima meninggal dunia kerana rumah yang didiami adalah rumah pusaka. Ini kerana penerima tidak berhak ke atas tanah dan rumah pusaka tersebut. Cuma hanya sabar dan tawakal menjadi panduan buat penerima..

Ini adalah biodata penerima...

Nama penerima : Zulbahari bin Paim
Umur : 48 tahun
Pekerjaan : Penoreh getah
Status : Duda
Pendapatan : RM 800.00

Arwah Isteri.

Nama : Norhayati binti Ahmad
Umur: 39 tahun
Tarikh Meninggal : 27hb. Januari. 2011
Sebab Kematian : Sakit usus didalam perut.

Tanggungan :

1. Puan Sondah binti Layan
Umur: 82 tahun
Hubungan : Ibu .
Catatan: Penerima bantuan Baitulmall sebanyak RM 100.00 sebulan

2. Fatin Shuhadah binti Zulbahari
Umur: 18 tahun
Hubungan: Anak
Catatan: Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha, Gemencheh

3. Mohd Izuwan Najmi bin Zulbahari
Umur: 16 tahun
Hubungan: Anak
Catatan: Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Taha, Gemencheh

4. Mohd Ikhmal bin Zulbahari
Umur: 12 tahun
Hubungan: Anak
Catatan: Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua , Gemencheh

5. Mohd Iffan Naqiudin bin Zulbahari
Umur : 1 Tahun 7 bulan

Tok Din berharap agar keluarga Saudara Zulbahari mendapat sedikit keriangan menjelang Aidilfitri tahun ini. Tok Din faham perasaan sedih dan pilu keluarga yang akan dirasa.. Banyak hal didalam Program 'TERJAH SAHUR' kali ni yang dapat kita renung-renungkan bersama. Tok Din selalu ingat pesan arwah Ayah Tok din.. "kalau kita kaya , ada orang yang lebih kaya.... kalau kita susah , ada orang yang lagi susah.." Jumpa lagi dilain masa , insyaallah .. Banyak pulak Tok Din berceloteh maklumlah nak masuk ke ambang 60 tahun pada 20hb.Ogos... ni .. hehehehe.. Salam sayang dari Tok Din ...