.


photobucket

Friday, December 23, 2011

Bila Tok Din Berkata . . . .

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ....

Terlebih dahulu , Tok Din mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua barisan kepimpinan kampung. Alhamdulillah sebelum kita melabuhkan tirai 2011 , Tok Din merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Datuk Sri Mohamad Hassan, YB Dato' Shaziman Abu Mansor Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin, YB Dato Mohd Kamil Abdul Aziz ADUN Kawasan Gemencheh, Tuan Pegawai Daerah Tampin, Penghulu Mukim dan Agensi Kerajaan di Daerah Tampin yang memberikan sokongan dan menyumbangkan bantuan kepada kampung melalui JKKK.
Semoga tahun 2012 akan kita hadapi lebih bermakna. Tugas berat sedang menanti barisan JKKK. Diharapkan dapat menggembeling tenaga menjelang PRU 13. Semoga peruntukkan 2012 yang kita pohon dapat disalurkan dan yang penting sekali 'PERPADUAN' dikalangan masyarakat bertambah kukuh , pincang 'PERPADUAN' makan pincang didalam apa sahaja bentuk perlaksanaan aktiviti. Kekuatan kita terletak pada keikhlasan.
Tok Din mengambil kesempatan menyenarai beberapa projek yang diterima sepanjang tahun 2011 :
1. Sebuah rumah PPRT
2. Membaik pulih 3 buah rumah PPRT
3. Kerja-kerja membuat 2 buah jambatan
4. Naik taraf jalan Pertanian - 900 meter
5. Turap semula rangkaian jalan - 1.6 kilometer
6. Menambah jalan Tenai Tengah dan menurap laman Masjid
7. Membaiki pagar dan Balai Masjid
Anggaran keseluruhan projek yang diterima adalah RM EMPAT RATUS RIBU. Bagi sebuah kampung yang kecil ianya begitu besar pada kami. Syukur kepada Allah s.w.t teruskanlah pada tahun 2012. Peruntukkan projek seperti naik taraf jalan , pembinaan rumah PPRT , naik turap jalan dan beberapa pasarana yang lain dapat kita terima pada tahun 2012.Insyaallah. Sekian salam sayang dari Tok Din untuk para pembaca Blog.




















No comments:

Post a Comment