.


photobucket

Wednesday, February 29, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Gemencheh

Pada 19. 02. 2012 seramai 30 orang peserta dari Kg Tenai telah menyertai Perarakkan Maulidur Rasul Peringkat DUN Gemencheh yang diadakan di Sekolah Menengah Bukit Jalor.











TOK DIN MENDAPAT ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL BAGI TAHUN 2012 .




Laporan Aktiviti JKKK Kg Tenai Air Gelugor Bagi Bulan Februari 2012

04. 02. 2012 - Kenduri Akikah dirumah Hajah Solomo

06. 02. 2012 - Kenduri tahlil Arwah dirumah Encik Md. Din Yusuf

06. 02. 2012 - Majlis bacaan yassin / tahlil dirumah Imam Ali Akhbar

07. 02. 2012 - Majlis bacaan yassin dirumah Puan Kamariah Silin

09. 02. 2012 - Majlis kesyukuran dirumah Tuan Haji Ibrahim Maakmor

11. 02. 2012 - Seramai 53 orang menerima baucer BR1M daripada YB ADUN di Dewan Sri Gemencheh.

15. 02. 2012 - Emak Encik Zurli bin Che Ali meninggal dunia dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tenai. Majlis bacaan yassin dan tahlildiadakan 3 malam berturut-turut.

18. 02. 2012 - Seramai 90 orang menerima Baucer BR1M daripada YB Dato' Shaziman bin Abu Mansor di Dewan Sri Gemencheh.

19. 02. 2012 - Penyertaan Maulidur Rasul Peringkat DUN Gemencheh 2012 seramai 30 peserta terlibat.

19. 02. 2012 - Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Kg Tenai

22. 02. 2012 - Seramai 10 0rang menerima baucer BR1M daripada YB ADUN di Dewan Sri Gemencheh

23. 02. 2012 - Mesyuarat JKKK kali pertama

24. 02. 2012 - Mesyuarat Agung TDK KEMAS Kg Tenai

25. 02. 2012 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kariah.

28. 02. 2012 - Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Dua dan dirasmikan oleh Ybhagia Dato Aziz

Perhatian : Sehingga 29. 02. 2012 seramai 127 orang telah menerima sumbangan BR1M.

Friday, February 24, 2012

Majlis Perjumpaan IbuBapa Dan Mesyuarat Agung Tabika KEMAS Kg Tenai 2012



Dari kiri : Encik Anuar Ali ( Pegawai KEMAS daerah ) , Tok Din , Cikgu Fairudz





Ucapan alu-aluan oleh Encik Anuar Ali




Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi TDK KEMAS Kg Tenai , Tok Din







Ibu Bapa yang hadir semasa Mesyuarat Agung TDK KEMAS


Penyampaian Cenderahati kepada Jemputan Dan Cabutan Nombor Bertuah Kepada Penjaga .















Penyampaian Hadiah kepada Kanak-kanak TDK KEMAS.














Friday, February 3, 2012

Laporan Aktiviti JKKK Kampung Tenai Air Gelugor bagi bulan Januari 2012.

01.01.2012 - Jam 3.00 petang gotong-royong memasak di Masjid Kg Tenai sempena majlis bacaan yassin dan tahlil sempena menyambut Tahun Baru.

Jam 7.00 malam - Majlis bacaan yassin, tahlil serta penyampaian sumbangan Bakul berupa barangan makanan harian kepada 15 orang warga emas ajuran JKKK Kg, Masjid, UMNO cawangan dan KEMAS Daerah Tampin. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pergerakkn Pemuda UMNO bahagian Tampin.

03.01.2012 - Jabatan Perhilitan Gemas memasang perangkap untuk menangkap harimau kumbang yang menyerang kamning peliharaan penduduk kampung.

08.01.2012 - Allahyarhamah Rozilawati Mohd Din meninggal dunia di Hospital Seremban dan selamat dikebumikan jam 6.30 petang di Tanah Perkuburan Kg Tenai. Sebelah malam selepas Isyak dirumah Saudara MdDin Yusu. Komitmen penduduk kampung menyempurnakan Fardhu Kifayah masih kurang penglibatan semua penduduk kampung.

09.01.2012 - Majlis bacaan Yassin / Tahlil diadakan dirumah Encik Md din Yusuf selama 3 hari seperti lazimnya.

12.01.2012 - Majlis bacaan Yassin/Tahlil sempena Hari Ke-Puteraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Masjid Kg Tenai dihadiri YB Dato' Mohd Kamil bin Abdul Aziz , ADUN Kawasan Gemencheh serta penyampaian sumbangan kepada 31 warga emas dari tabung JKKK.

14.01.2012 - Seramai 17 orang wakil kampung ke PWTC menghadiri Majlis Pelancaran Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA) oleh Perdana Menteri Malaysia.

16.01.2012 - 4 orang terpilih sebagai peserta untuk menerima Baucer Bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) di Kompleks Belia Paroi Seremban oleh YAB Menteri Besar bermula jam 9.00 pagi.

18.01.2012 - Jam 3.00 petang , sikap tidak bertanggungjawab sebuah lori bernombor MAX 7634 melanggar sebatang tiang telefon di jalan Tenai Tengah tumbang melintang di tengah jalan dengan keadaan wayar berselirat. Tindakan pihak TM Gemencheh menyelenggara dengan kadar segera dalam tempoh tak sampai 3 jam demi keselamatan pengguna.

22.01.2012 - Majlis kenduri Akikah Rumah Haji Jailani

26.01.2012 - Kecurian kabel Telekom di Jalan Tenai Tengah berlaku lagi. Laporan Polis juga telah dibuat.

27.01.2012 - Kenduri tahlil dirumah Saudara Zulbahari bin Paim

28.01.2012 - Kenduri tahlil arwah dirumah Saudara Zainal Abidin Ahmad Zameri.

30.01.2012 - Seramai 35 menerima BRIM Fasa 2 di Dewan Sri Melawati.

Bacaan Yassin Dan latihan Marhaban

Pada setiap hari para kaum ibu Kampung Tenai Air Gelugor mengadakan bacaan Yassin dan latihan Marhaban rumah ke rumah atau ke Surau-surau. Program diadakan pada jam 3 petang sehingga jam 5 petang. Program ini bermula pada awal Januari 2012.

Bacaan Yassin di Surau Tenai Hilir.