.


photobucket

Friday, February 3, 2012

Laporan Aktiviti JKKK Kampung Tenai Air Gelugor bagi bulan Januari 2012.

01.01.2012 - Jam 3.00 petang gotong-royong memasak di Masjid Kg Tenai sempena majlis bacaan yassin dan tahlil sempena menyambut Tahun Baru.

Jam 7.00 malam - Majlis bacaan yassin, tahlil serta penyampaian sumbangan Bakul berupa barangan makanan harian kepada 15 orang warga emas ajuran JKKK Kg, Masjid, UMNO cawangan dan KEMAS Daerah Tampin. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pergerakkn Pemuda UMNO bahagian Tampin.

03.01.2012 - Jabatan Perhilitan Gemas memasang perangkap untuk menangkap harimau kumbang yang menyerang kamning peliharaan penduduk kampung.

08.01.2012 - Allahyarhamah Rozilawati Mohd Din meninggal dunia di Hospital Seremban dan selamat dikebumikan jam 6.30 petang di Tanah Perkuburan Kg Tenai. Sebelah malam selepas Isyak dirumah Saudara MdDin Yusu. Komitmen penduduk kampung menyempurnakan Fardhu Kifayah masih kurang penglibatan semua penduduk kampung.

09.01.2012 - Majlis bacaan Yassin / Tahlil diadakan dirumah Encik Md din Yusuf selama 3 hari seperti lazimnya.

12.01.2012 - Majlis bacaan Yassin/Tahlil sempena Hari Ke-Puteraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Masjid Kg Tenai dihadiri YB Dato' Mohd Kamil bin Abdul Aziz , ADUN Kawasan Gemencheh serta penyampaian sumbangan kepada 31 warga emas dari tabung JKKK.

14.01.2012 - Seramai 17 orang wakil kampung ke PWTC menghadiri Majlis Pelancaran Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA) oleh Perdana Menteri Malaysia.

16.01.2012 - 4 orang terpilih sebagai peserta untuk menerima Baucer Bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) di Kompleks Belia Paroi Seremban oleh YAB Menteri Besar bermula jam 9.00 pagi.

18.01.2012 - Jam 3.00 petang , sikap tidak bertanggungjawab sebuah lori bernombor MAX 7634 melanggar sebatang tiang telefon di jalan Tenai Tengah tumbang melintang di tengah jalan dengan keadaan wayar berselirat. Tindakan pihak TM Gemencheh menyelenggara dengan kadar segera dalam tempoh tak sampai 3 jam demi keselamatan pengguna.

22.01.2012 - Majlis kenduri Akikah Rumah Haji Jailani

26.01.2012 - Kecurian kabel Telekom di Jalan Tenai Tengah berlaku lagi. Laporan Polis juga telah dibuat.

27.01.2012 - Kenduri tahlil dirumah Saudara Zulbahari bin Paim

28.01.2012 - Kenduri tahlil arwah dirumah Saudara Zainal Abidin Ahmad Zameri.

30.01.2012 - Seramai 35 menerima BRIM Fasa 2 di Dewan Sri Melawati.

No comments:

Post a Comment