.


photobucket

Thursday, May 13, 2010

"BILA TOK DIN BERKATA"

13hb Mei 2010 ......

Program Bersama Pemimpin Komuniti ( CLOP ) bersama TNB, Tok Din hadir bersama di Dewan Bandaran Tampin. Tok Din ucap tahniah pada TNB kerana mengadakan program "RAKYAT DI DEKATI, KHIDMAT DIBAIKI".....Program cantik..jamuan sedap... tapi Tok Din terkilan,tak tahu dimana silapnya,,kurang sambutan...Yang ni TNB kene buat "post motem"..Dua2 ADUN hadir, mungkin jugak seminggu sebelum ni masalah yang berkaitan TNB dah disuarakan melalui perjumpaan dengan ketua2 kampung mungkin mereka anggap tak penting.... Apa pun Tok Din kesian jugak tengok staff TNB ke hulu ke hilir menyelesaikan segala aduan.. Daripada 46 aduan,43 aduan selesai..!! Apa yang Tok Din harap2kan ialah, komitmen pekerja TNB janganlah musim CLOP saje..Sama-samalah kita fikirkan....TNB dan Pengguna tak dapat dipisahkan... Sekian..Tahniah dari Tok Din.. Salam..

"BILA TOK DIN BERKATA"

Pada Rabu 12hb Mei 2010 dan sebelumnya isu "KETUA KAMPUNG ULAT BULU" menjadi berita hangat di dada Akhbar Sinar Harian. Apa yang menarik tarikh 12hb Mei 2010 ialah Kolum Suara Hati Komuniti daripada Ketua Puteri UMNO Bhg Tampin tentang isu "KETUA KAMPUNG ULAT BULU". Bagi Tok Din selaku YDP Ketua-Ketua Kampung Daerah Tampin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anakanda Ketua Puteri Bhgn atas ingatan kepada kami pangkat ayahanda.Namun kepada puteri-puteri, Tok Din tak nak komen sebab :

  • Isu tersebut masih dalam siasatan
  • Komen pun ibarat menepuk air didulang
  • Tok Din selalu berdiri didepan CERMIN
  • Tok Din anggap jangan jadikan "Seekor kerbau bawak lumpur habis terpalit semuanya"
Dengan nasihat Tok Din pada Ketua Puteri, jagalah puteri-puteri Tampin, dalam perkara sumbang ni ada yang bernasib baik dan yang tak bernasib baik.
Fikir-fikirkan anakanda puteri.

Wednesday, May 5, 2010

Lawatan Bench Mark JKKK Kg Tenai Air Gelugor Ke Kg Air Melintas Besar, Kepala Batas Pulau Pinang

kehadiran kami disambut baik dengan mesra

Lawatan Balas JKKK ke Kg Air Melintas Besar amat mengujakan kami... walaupun lawatan JKKK tapi kami tak pergi dengan AJK sahaja .... penduduk kampung yang ada kesempatan dan peluang pun gi jugak .... sebab sesekali perlu gak kita keluar untuk melihat panorama dan mendapat pengalaman baru ditempat orang .....ye lah jauh perjalanan luas pemandangan...... otak pu refresh gak...

Kami bertolak awal seawal 10.30 malam 9 April 2010 bukan ape .....jauh tuu... singgah solat subuh di Masjid ...... sorry tak ingat nama masjid yang kami singgah tu.... mandi bagi badan segar sikit dan solat subuh .....lepas tu meneruskan perjalanan ke Kg Air Melintas Besar , Kepala Batas..


sampai kat sana lebih kurang pukul 8.00 pagi ... kami diberi sarapan pagi ..sebelum memulakan acara maklumkan semalaman dalam bas apalagi .....kelaparan ....





Selesai sarapan acara dimulakan dengan ucapan aluan dari JKKK dan macam-macam ucapan .........dan akhirnya bertukar-tukar cenderahati.......



Ucapan dari Datok Ahmad Derus sangat bersemangat dan begitu teruja dengan kehadiran JKKK Kg Tenai serta berasa sangat bangga dengan ikatan antara dua kampung yan dimulakan dengan Air yang akhirnya bertemu jua walaupun jauh beribu batu satu di utara .... satu lagi di selatan

ucapan balas Tok Din .....walaupun penat tapi masih mampu berucap panjang ...
 
Kg Air Melintas Besar ni lebih maju dari segi ICT dan segala produk kampung telah pun masuk dalam rancangan TV

kami sedang asyik menonton video yang ditayang- hasil produk kampung yang diusahakan secara komersial - buah pinangkering yang dimport, kilang sos dan kicap,kumpulan nasyid....kompang dan mereka dah ade lagu kampung .....
cenderahati dari JKKK Kg Tenai Air Gelugor kepada JKKK Kg Air Melintas Besar
Cenderahati  dari JKKK Kg Air Melintas Besar  kepada Tok Din

Kalau Kg Air Melintas Besar begitu berbangga dengan nasi daging..... kalau kg Tenai Air Gelugor mestilah dengan rendang maman  nye ....Mmmm sodap...
Yg Berbahagia Datin tak kekok bersila bersama penduduk kg dan kami bersama-sama menyumbang tenaga dalam menyiapkan rendang maman




kaum ibu dari kedua-dua kampung mengacau rendang maman..... walaupun pertama kali bersua  tapi begitu mesra........

Sementara kaum ibu sibuk memasak.....para bapa  pula dibawa melawat kilang dan produk di Kampung Air Melintas Besar.....
Begitulah Catatan lawatan kami .....banyak yang dapat dipelajari dan yang penting sekali kita perlu memperbaiki diri demi memajukan kampung yang kita sayangi ....jadi yang berbakat tu ....turun la ke padang menyumbang tenaga .... jangan  mengharapkan segelintir   tenaga yang dah lama ni ......kami mahukan .....kemajuan kampung kamjuan bersama.  

Sunday, May 2, 2010

LAPORAN AKTIVITI JKKK KAMPUNG SEPANJANG BULAN MAC & APRIL 2010.

BULAN MAC

01.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN

05.03.2010 : Kenduri Sekampung Persiapan Program Sambutan Maulidur Rasul

06.03.2010 : Tuan Rumah Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN

08.03.2010 : Program Pencegahan dan Kesihatan anjuran Puteri UMNO Cawangan

10.03.2010 : Mesyuarat dan Taklimat Penerangan Borang E- Merah ICU

10.03 2010 : Mesyuarat J/Kuasa Induk Kejohanan Pencak Silat Piala Parlimen Kawasan Tampin

11.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Wanita UMNO Cawangan

12.03.2010 : Kunjungan Panel Hakim Anugerah Belia Negara Kategori Wira Tani ( Saudara Suhaimizan Bin Bizar )

15.03.2010 : Mesyuarat Khas J/Kuasa Sambutan Rombongan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke Masjid Kg. Tenai

16.03.2010 : Mesyuarat Pakatan Kenduri - Kendara di rumah Saudara Zurli

18.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Persediaan Pertandingan Pencak Silat Piala Parlimen Kawasan Tampin

19.03.2010 : Gotong - Royong di rumah Saudara Zurli

20.03.2010 : Majlis Sumbangan Fakir Miskin dan Rumah Mesra Rakyat bersama Rombongan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas di Masjid Kg. Tenai

20.03.2010 : Penyertaan JKKK dalam Program Pertandingan Pencak Silat Piala Parlimen Tampin di MRSM.

25.03.2010 : Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Dua

26.03.2010 : Pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian peringkat DUN di Padang Futsal Kg. Tenai

31.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Pertandingan Futsal peringkat Parlimen Tampin

Majlis Kenduri-kendara : 2
Kematian : 1 ( Siti Noraini Bte Sabar )
Kemalangan J/Raya : 1


BULAN APRIL 2010.

03.04.2010 : Pertandingan Futsal Piala Pemuda UMNO Bahagian dirasmikan oleh YB Saudara Khairi Jamaluddin

07.04.2010 : Mesyuarat khas lawatan kujungan balas ke Kepala Batas, Pulau Pinang

08.04.2010 : Mesyuarat JKKK kampung

09.04.2010 : Lawatan kunjungan balas ke Kepala Batas, Pulau Pinang anjuran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin bersama JKKK.

15.04.2010 : Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat bersama Jabatan-Jabatan Daerah Tampin

Kematian : 1 ( Haji Yusuf Sahu )
Perletakan Jawatan Setiausaha JKKK : Saudara Zurli Che Ali