.


photobucket

Monday, February 7, 2011

LAPORAN AKTIVITI JKKK KG TENAI AIR GELUGOR SEPANJANG BULAN JANUARI 2011

01.01.2011 - Majlis Akikah dan cukur jambul cucu kepada Saudara Zainal Bin Ondot.

07.01.2011 - Mesyuarat JKKK dan AJK Masjid Kg Tenai

08.01.2011 - Majlis kesyukuran dan tahlil arwah Puan Salmah Matros dan majlis pertunangan

09.01.2011 - Majlis Akad Nikah anak perempuan Tuan Haji Shukor

12.01.2011 - Berkampung dirumah Tuan Haji Shukor

13.01.2011 - Gotong-royong memasak sempena Majlis Bacaan YassinHari Keputeraan Yang Di-Pertuan 
Besar Negeri Sembilan Peringkat DUN Gemencheh dan dihadiri oleh YB Dato' Mohd Kamil dan Isteri ,
Penghulu Pusaka, Penghulu Mukim dan Ketua- Ketua Kampung Daerah Tampin

14.01.2011 - Gotong-royong persiapan sempena majlis kenduri kahwin anak perempuan Tuan Haji Shukor dan majlis tahlil arwah pada sebelah malam.

15.01.2011 - Majlis kenduri kahwin dirumah Tuan Haji Shukor dan menerima rombongan pengantin dari Yong Peng, Johor

15.01.2011 - Program kursus kecantikkan muka anjuran Wanita UMNO Cawangan di Balairaya Kg Tenai
pada jam 3 petang.

21.01.2011 - Lawatan balas ke Kampung Jambu Rias,Bentong,Pahang anjuran JKKK,UMNO dan Wanita UMNO bersama Pemuda dan Puteri. Lawatan ke Kelantan dan Terengganu.

28.01.2011 - Puan Norhayati Binti Ahmad meninggal dunia di Hospital Melaka dan dikebumikan di tanah perkuburan Air Gelugor

29.01.2011 - Kenduri tahlil arwah dirumah Hajjah Nyomah binti Sipok

30.01.2011 - Majlis kesyukuran dan akikah cucu kepada Tuan Haji Ibrahim Makmur

31.01.2011 - Program Le Tour De Langkawi melalui jalan utama di Kg Tenai Air Gelugor

31.01.2011 - Bilik Gerakan Banjir dibuka. Banjir kali ini begitu teruk, 4 buah keluarga pindah, 31 buah keluarga terputus hubungan untuk keluar rumah. 1 jambatan ke Tanah Pinggir runtuh akibat banjir. YB Dato Shaziman menghulurkan bantuan kepada 4 buah keluarga yang pindah seperti brang-barang makanan. YB Dato Kamil turut memberi sumbangan barang-barang makanan dan duit ihsan untuk Bilik Gerakan. Penternak ikan air Tawar mengalami kerugian kerana kolam-kolam ditenggelami air. Tanaman sayur-sayuran musnah , Tanah runtub di jalan Air Gelugor. Pendapatan orang kampung 'mudah miskin' yang bergantung kepada menoreh getah terjejas teruk. Jalan Utama Gemas Tampin tidak dapat dilalui kerana ditenggelami air.