.


photobucket

Tuesday, January 5, 2010

SEJARAH KG TENAI AIR GELUGOR

KAMPUNG AIR GELUGOR-TENAI DAN SEJARAHNYA

PENGENALAN

Ketika ini agak sukar untuk kita melihat ciri-ciri tradisinya masih dikekalkan samada cara kehidupan sosialnya, mahupun rumah-rumahnya di kampung-kampung di Negeri Sembilan kerana kebanyakan kampung-kampung ini berubah mengikut arus kemodenan dan pembangunan Negara semasa.  Namun begitu kampong Air Gelugor Tenai masih mengekalkan ciri-ciri rumah tradisi dan cara hidup yang sentiasa bermuafakat antara satu sama lain.  Dengan adanya pertumbuhan pesat Bandar-bandar berhampiran seperti Gemas dan Gemencheh pihak kampung telah mewujudkan peluang pekerjaan dengan membuka ladang-ladang sayur-sayur dan buah-buahan,pengeluar kuih tradisonal ,ternakan berskala besar demi memenuhi pemintaan dan bekalan Negara.


SEJARAH PENEROKAAN

Kampung AIR GELUGOR-TENAI dibuka sekitar 1900 iaitu 105 tahun yang lalu.  Kampung ini diterokai oleh KASIH dan adiknya SERUN.  Sebelum ini kampong ini adalah hutan menandakan kawasan hutan ini terdapat sumber air dan tanah yang subur mereka berdua telah meneroka tanah ini.  Kedua-dua beradik ini berasal dari keluarga FATIMAH yang berasal dari Gedok iaitu 5km dari kampong ini.  Dalam adat pepatih kaum wanita menjadi pewaris harta tanah pusaka dengan itu mereka berdua telah berusaha meneroka tanah untuk penempatan baru.

TUAN HJ AHMAD BIN SERUN iaitu anak kepada allahyarham SERUN menceritakan bahawa ayah dan bapa saudaranya telah berusaha menjadikan kawasan hutan ini kepada kawasan penempatan.Tuan Hj Ahmad, menceritakan nama kampung ini diambil sempena dari pokok asam gelugor yang ada dikawasan Empangan Batu &Kolam di Taman Reakrasi yang ada sekarang.  Pokok asam gelugor ini mempunyai buah yang lebat dan banyak jatuh kedalam sungai.  Begitu juga dengan nama Tenai, ianya diambil dari pokok yang banyak terdapat ditepi-tepi sawah padi di kawasan kampong ini.

Empangan batu yang ada hari ini asalnya dibina oleh Kasih untuk mengalirkan air kekawasan sawahnya.  Pada ketika itu ianya diperbuat dari kayu dikenali sebagai Empangan Pancang.

Allahyarham Serun semasa hayatnya merupakan Datuk Lembaga,Datuk Andaka serta merupakan Datuk Penghulu Kampung Air Gelugor.  Kampung ini juga merupakan tempat persinggahan ke Gemas di mana pada masa itu penduduk terpaksa berjalan kaki satu destinasi ke satu destinasi di Tanah Melayu sekitar 1920an.  Tempat persinggahan ini dikenali sebagai nama Perhentian Jering,disini mereka akan berhenti memasak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Menurut Tuan Hj Ahmad lagi, terdapat sebuah cerita dongeng berkenaan lubuk yang terletak berhampiran dengan masjid kampung Sungai Dua di mana lubuk ini mampu membunuh individu yang mengamalkan ilmu kebal dengan memasukkan orang kebal itu kedalam lubuk tersebut.  Sekian serba ringkasnya sejarah bermula Kampung Air Gelugor Tenai.

3 comments:

  1. dah hidup sebagai anak jati kampung tenai selama 23 tahun nie.. tak penah tau pon pasal sejarah kg.. bagus wujudkan blog nie.. skurang2 nye anak2 jati kg tau lah asal usul kg bile terbace blog nie... trima kasih kepada yg berkenaan...

    ReplyDelete
  2. seronok gak sesekali dapat mengenali sejarah kita...dapat yang baru yang lama tetap dalam ingatan bak kata pepatah setinggi-tinggi terbangnya bangau akhir hinggap atas belakang kerbau

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih,sangat bermanfaat info Tuan..tak tahu pun asal usul kisah Kg Tenai walau kecil2 pernah tinggaal disana.Zaman sekolah dulu selalu balik ke Kg Tenai ziarah arwah nenda tpi sejak nenda berdua meninggal dunia dh jarang balik..mohon share ye Tuan untuk memanjangkan sejarah buat anak cucu dikemudian hari..assalamualaikum wbt.

    ReplyDelete