.


photobucket

Monday, August 8, 2011

TAHNIAH JABATAN ALAM SEKITAR BAHAGIAN KUALA PILAH


Pencemaran Air Sungai Gemencheh - Air Bertukar Ke Warna Hitam

8 Ogos 2011
- 8.30 pagi menerima laporan secara rasmi dari En. Mokhtar Hamid tentang keadaan air sungai yang hitam.
- 9.30 pagi memaklumkan aduan kepada JPS Tampin.
- 10.30 pagi memanjangkan aduan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri.
- 11.30 pagi memaklumkan kepada Tok Nal dan YB ADUN Gemencheh.


Tindakan :
Lebih kurang jam 1.20 tengahari, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Kuala Pilah datang berjumpa Tok Din di Empangan Geduk. Setelah mengambil gambar, 3 orang pegawai tersebut terus ke kilang sawit yang mungkin menjadi punca berlakunya pencemaran air ini.


* Tindakan sebegini rupa Tok Din ucapkan TAHNIAH dari pihak JKKK dan orang-orang kampung. Tok Din harap air sungai Gemencheh akan kembali jernih, bukan ape Empangan Geduk adalah tempat penerokaan Kampung Tenai Air Gelugur. Sungai tu lah sumber Tok Din mandi dan orang-orang kampung mengambil air minuman sebelum wujudnya bekalan air paip. Terima kasih kepada JAS Seremban, Kuala Pilah, Tok Nal dan kepada YB ADUN Gemencheh. Teruskan khidmat yang cemerlang.

Salam tahniah dari Tok Din.



 Keadaan sungai yang dicemari


 Pegawai JAS yang hadir.





' Bila Tok Din Berkata . . '


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia ...

Selamat mengerjakan ibadat puasa kepada semua pembaca Blog Tok Din. Kali ni Tok Din tak nak berceloteh panjang , cuma nak tulis sikit pasal 'Kibarkan Jalur Gemilang'. Tok din nak sambung sikit je Seruan Kerajaan supaya mengibarkan Jalur Gemilang sebagai TANDA bertapa BERSYUKURNYA kita duduk dibumi BERTUAH ini. Apa yang kadangkala mengguriskan hati Tok Din bila seruan untuk mengibarkan Jalur Gemilang ibarat " Mencurah Air Di Daun Keladi" .... yang sedihnya,ada Agensi Kerajaan buat tak tahu je .. Maksud Tok Din , tukarlah bendara yang baru. Barulah nampak serinya . Dirumah Tok Din sentiasa bendera dikibarkan. Bukan kerana Tok Din ketua kampung ... Bukan kerana Tok Din ada duit nak beli bendera .... Bukan kerana rumah Tok Din tepi jalan .... Bukan ...... Bukan ...... Bukannnnn....... Ikhlas Tok Din jelaskan, kerana Tok Din sayangkan Negara Tok Din. Tok Din selalu muhasabah diri .. Apa sumbangan  Tok Din pada Negara .. Jangan tanya apa sumbangan KERAJAAN pada tok Tok Din , pada keluarga Tok Din hasil kmerdekaan ini .. Ada anak buah Tok Din mintak bendera free ...
Maaflah Tok Din cakap ,, yang hisap rokok macam Tok Din  pun boleh beli rokok dengan harga RM 10.00 sekotak ... Takkan bendera tak boleh dibeli ??? Fikir .. Fikirkan lah .........

Tok Din nasihatkan anak-anak buah Tok Din, rakan - rakan Tok Din , jangan cakap jeee ... Haii . cantiknya bila nampak banyak Jalur Gemilang dikibar  di Sekolah , di Dataran , di Masjid . dimana-mana juga ... Yang kain bendera dah LUSUH tu , tukarlah dengan yang baru ... Pada Majlis Daerah keluarkan surat pekeliling , wajibkan pekedai-pekedai kibarkan Jalur Gemilang , Tok Din tengok kedai-kedai kek pekan Gemencheh , LESU jeee .... Hujung bulan ni nak berhari raya , raikanlah semeriah mungkin. Mercun untuk anak boleh beli .. Menung dan Fikir lahh...........

Sekian salam Ramadhan dari Tok Din Sekeluarga ....

Thursday, August 4, 2011

AKTIVITI / PROGRAM SEPANJANG BULAN JULAI 2011

01.07.2011 - Larian 1 Malaysia (1 Murid 1 Sukan) anjuran SKSD melibatkan PIBG-Ibubapa dan masyarakat. Larian melalui jalan Kg. Tenai Tengah. Jabatan yang terlibat ialah Jabatan Bomba.

02.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah Hajjah Tompang (malam).

06.07.2011 - Mesyuarat JKKK kali ke-3.

09.07.2011 - Majlis Aqiqah cucu di rumah Puan Ita Hashim (pagi hingga tengahari)

10.07.2011 - Majlis Aqiqah cucu di rumah En. Mokha bin Buchik (pagi hingga tengahari).

11.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah Puan Aminah Dapi.

11.07.2011 - Gotong-royong persiapan Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Majlis Perasmian Surau di SKSD (petang).

12.07.2011 - Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Perasmian Surau di SKSD. Dirasmikan oleh YB ADUN Kawasan Gemencheh.

14.07.2011 - Cucu Hj. Abdullah Manap meninggal dunia di Hospital Kuala Pilah. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Gelugor. Tahlil arwah pada sebelah petang.

14.07.2011 - Tahlil arwah di rumah En. Zainal Abidin Ahmad Zamri (malam).

15.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah En. Paim Layau (malam).

16.07.2011 - Malam Nisfu Sya'ban. Bacaan Yassin di Masjid Kariah.

16.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah Puan Sarah Buchik (tengahari).

16.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah Puan Sawiyah Taalin (malam).

20.07.2011 - Program Anyaman - Kraftangan anjuran Risda (bahagian usahawan) di Balai Masjid.

21.07.2011 - Mesyuarat Bulanan Ketua-Ketua Kampung dan Setiausaha di rumah Ketua Kampung dihadiri oleh YB Dato' Kamil. Jam 4.30 petang Penyampaian Sumbangan Peribadi untuk fakir miskin di 4 buah kampung.

22.07.2011 - Kenduri menyambut Bulan Ramadhan di Surau Tenai (lepas Solat Jumaat).

22.07.2011 - Mesyuarat AIM di Balai Raya Kg. Tenai Jam 2.00 petang.
                   
22.07.2011 - Kenduri Kesyukuran / Tahlil serta Perasmian di MIMI Enterprise.(Malam) 

23.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah Cikgu Yaakob Maakik (tengahari).

23.07.2011 - 2.30 petang. Rombongan ke PWTC, Kuala Lumpur menyaksikan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Seramai 41 orang kampung menyertai rombongan tersebut. Disambut sebagai tetamu kehormat oleh pihak pengurusan PWTC.
                   
23.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah Puan Salmah Maarof (malam).

24.07.2011 - Anak arwah Engku Md. Khir meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Tenai jam 11.30 pagi. Kenduri tahlil diadakan  3 hari berturut-turut.

25.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah En. Zulbahari Paim.
                   
25.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah En. Khalid Md. Dah.

28.07.2011 - Kenduri menyambut Ramadhan di Masjid Kariah Kg. Tenai.

29.07.2011 - Kenduri menyambut Ramadhan di Surau Air Gelugor.
                   
29.07.2011 - 5 orang anak yatim menerima sumbangan dari Badan Pekerti di Dewan Pekerti Seremban.
                   
29.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah Puan Midah.

29.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah Puan Jamilah Lajin.

30.07.2011 - Kenduri tahlil arwah di rumah Nazir Masjid.

31.07.2011 - Kenduri menyambut Ramadhan di Surau Kg. Tenai Hilir dan memulakan solat terawikh.

Salam dan selamat berpuasa.

Disediakan oleh TOK DIN.

..:: Bila Tok Din Berkata ..::


Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia ...

Alhamdulillah dengan izin Allah swt dapat kita berjumpa di Bulan Ramadhan tahun ni. Tok din ucapkan selamat berpuasa. Tok Din mintak maaf banyak-banyak kepada isteri dan anak-anak tok din, jiran-jiran dan semua kenalan Tok Din.Tok Din ada menerima sms yang tertulis " Doa Malaikat Jibrail menjelang Ramadhan ; Ya Allah , abaikan pahala puasa Umat Muhammad di Bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan hal berikut ;
  • Tidak memohon maaf  terlebih dahulu kepada orang tuanya
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami / isteri
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang disekitarnya
Maka, Rasullah s.a.w. pun mengaminkan." Tok din termenung membaca dan berfikir. Sama-samalah kita merenungnya. Pada 01hb. Ogos. 2011 , Tok din menerima lagi sms yang berbunyi " Jauhilah oleh mu prasangka sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta perkataan. ( Bukhari ). Dalam Tok Din nak menjangkau umur 60 tahun , insyaallah 20hb. 0gos. 2011 ni , Tok Din banyakkan beristighfar.

Pada 26hb. Julai. 2011 , Mesyuarat Ketua-Ketua Kampung Daerah Tampin, Tok Din berucap 45 minit kata ADO. Bukan ape lama-lama tu, sebab takde pemilihan. Lagipun Tok Din sentuh Program Mendengar , Sepetang Bersama Masyarakat yang diilhamkan oleh Tuan DO. Tok Din akui ade peningkatan dari pernyampaian aduan rakyat .Hanya jabatan-jabatan perlu meningkatkan lagi prestasi yang Tok Din panggil "MENGHAYATI DAN DITERJEMAHKAN DARI SEGI PERLAKSAAN". Jabatan perlu faham ketua-ketua kampung sekarang dalam mengharungi BLUE OCEAN atau GELOMBANG BIRU. Sebut pasal gelombang kalau tak betul 'tune' gelombang akan lari. Apatah lagi PRU 13 akan datang. Tok Din dah mula buat kerja sambilan, suku pertama SPR dah keluar , Suku kedua bulan September. Rakan-rakan dalam parti , kena tengok dan buat homework sikit. JKKK tetap bantu ini janji kami . Menjelang Ramadhan Dato' Kamil bermurah hati menyumbangkan 3 ekor lembu diagihkan pada 17 buah kampung. Program MOGANG POSO namo ehh... Julung-julung kali diadakan.  Mudah-mudahan murahlah rezoki YB .. hehehehe...

Sebolum terlupo , Tok Din nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Tok Din pada Pihak Pengerusan PWTC khasnya kepada sahabat lama Tok Din yang pegang jawatan tinggi kek sano tu .. Yang tak berubah masih ingatkan Tok Din walaupun dah duduk dikerusi empuk , menerima kedatangan Tok Din bersama 41 orang-orang kampung yang Tok Din bawak untuk menghadiri Majlis Penutup Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa pada 23hb. Julai. 2011.  Tok Din rasa terharu sungguh, malu pun ada kedatangan ditunggu, dilayan, dihidangkan makan malam di RIVERSIDE RESTAURANT..... Tak Cukup dengan tu disediakan tempat duduk VIP , sehinggakan nak naik lif ke tingkat 5 pun beranta ..... MASYALLAH .. Tinggi sungguh budi mereka menyambut kami .... Tok Din rasa puas dikalangan yang pergi bersama Tok Din warga emas , golongan PPRT dan barisan pentadbiran kampung. Hanya Allah jua membalas budi baik sahabat Tok Din yang telah dikenali bertahun-tahun lamanya ........ Hampir 30 tahun berpisah , setahun baru berjumpa balik .. masih tak berubah .. Insyaallah akan jadi sahabat dunia akhirat .. 

Akhirnya tok din mintak maaf banyak-banyak , maklumlah orang kate Tok Din ni LASER .. macam-macam la kan .. Sebenarnya NAWAITU tok din nak menegur , membantu mana yang dapat. Lagipun tamat tempoh jawatan ketua kampung akan berakhir 31hb. Disember . 2011.. Ape yang Tok Din buat akan jadi kesinambungan pada masa akan datang.. Sekian .. jumpa lagi dengan izin Allah ... Senyum Selalu ... 
Tok Din.. 

Wednesday, August 3, 2011

Kibaran Bendera Dirumah Tok Din

Dalam menyambut Bulan Ramadhan , kita juga akan menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke 54 tahun. Macam biasa seperti tahun-tahun yang lepas, perkarangan rumah ketua kampung iaitu 'Rumah Tok Din' turut menyahut seruan kerajaan untuk mengebarkan Jalur Gemilang.



Cantik kan .... hehehehe

Selain dari itu , para Ibu dari kariah Surau Kampung Tenai Hilir telah mengadakan Tadarus Al- Quran di Surau Kampung Tenai Hilir sepanjang Bulan Ramadhan yang mulia ini .




 Tok Din ucapkan tahniah kepada para ibu - ibu .. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kemuliaan di Bulan Ramadhan ini ...


Tuesday, August 2, 2011

Sumbangan Peribadi YB Dato' Kamil Di Sesi Turun Padang - Sumbangan disalurkan kepada 4 buah kampung di kawasan DUN Gemencheh



Penerima Bantuan : Encik Khamis Bin Sohor.




Penerima Bantuan kepada Isteri Encik Ahmad Bin Sohor.

Program 'Mogang Poso' 2011




Lombu-lombu yang bakal disombolih ..


Pastikan pisau tu tajam Tok Kamil yoo ....




Turut hadir Ybhg Datin memeriahkan program .



Kehadiran Orang kampung turut serta membantu


Nazir Masjid bersama orang kampung 'mengteh' , xnampak Tok ketuo .. hehehehe


( Akhbar Sinar Harian / Jumaat : 05hb. Ogos. 2011 )




Sekian sedikit sebanyak gambar Program 'Mogang Poso' dari Tok Din ... 







Program Ceramah Perdana Israk & Mikraj 2011

YB Dato' Kamil menyampaikan ucapan.

Imam Masjid Kariah Kg. Tenai Air Gelugur sedang membacakan doa.

 Penceramah Undangan - Ustaz Long bin Kecik (Pegawai Eksekutif TNB)


Wednesday, July 6, 2011

LAPORAN AKTIVITI JKKK KAMPUNG TENAI AIR GELUGOR SEPANJANG BULAN JUN 2011.

01. 06. 2011 - Program gotong-royong membersihkan Masjid Kg Tenai anjuran Wanita UMNO Cawangan.


02. 06. 2011 - Majlis bacaan Yassin dan tahlil Arwah untuk keluarga Haji Abdullah Manap


04. 06. 2011 - Kenduri tahlil Arwah dirumah Haji Shukor Imbar


05. 06. 2011 - Pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin di Padang Futsal Kg Tenai pada jam 9 pagi.


06. 06. 2011 - Lawatan ke Pulau Langkawi dan Pulau Pinang anjuran JKKK


11. 06. 2011 - Kemduri tahlil Arwah dirumah Cikgu Aminah dan pada sebelah petang gotong-royong menyiang dan memasak daging lembu


13. 06. 2011 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Ceramah Perdana Peringkat DUN Gemencheh di Balairaya Kg Tenai pada jam 2.30 petang dan dirasmikan oleh YB Dato; Mohd Kamil Abd Aziz


18. 06. 2011 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi Ceramah Perdana di Balai Masjid Kg Tenai jam 9 malam


20. 06. 2011 - Gotong-royong memasang khemah memasak di Balai Masjid Kg Tenai


21. 06. 2011 - Gotong-royong membersih Jalan Tenai Tengah


22. 06. 2011 - Rombongan Peserta Risda dari Kota Belut Sabah melawat Projek TSB Tenai pada jam 11 pagi


25. 06. 2011 - Kenduri tahlil Arwah dirumah Haji Abdul Hadi


28. 06. 2011 - Majlis Ceramah Perdana Sempena Israk dan Mikraj Peringkat DUN Gemencheh oleh Penverah Ustaz Long bin Kechik dan dirasmikan oleh YB Dato Mohd Kamil Abd Aziz dan dihadiri bersama Ybhg Datin. Kehadiran dianggarkan seramai 500 orang.


30. 06. 2011 - Program bacaan Yassin di Surau Tenai Hilir anjuran Perkumpulan Wanita Kg Tenai.




Aduan Awam : 


23. 06. 2011 - Melaporkan kepada TNB Gemas mengenai tiang LJK Tenai Tengah tidak menyala. Maklum balas dari TNB Gemas ianya bibawah seliaan Tnb Tampin.


29. 06. 2011 - Membuat aduan kepada Jabatan Perhilitan mengenai seorang penorehgetah menjumpai 3 ekor harimau kumbang. Tindak balas dari Jabatan Perhilitan membuat siasatan mendapati menjumpai tapak kaki harimau kumbang, harimau belang , tapir dan bigfoot di Kawasan Tanah Pinggir Air Gelugor 1.

Friday, June 17, 2011

LAPORAN JKKK KAMPUNG TENAI AIR GELUGOR SEPANJANG BULAN MEI 2011

01. 05. 2011 : Majlis kenduri kahwin dirumah Saudara Omar bin Othman
                     : Kenduri tahlil arwah dirumah Cikgu Atan bin Shafie ( malam )
02. 05. 2011 : AJK Biro Pendidikan mengadakan gotong-royong di Balai Masjid sebagai persiapan untuk
                      Lawatan Mini Perpustakaan
05. 05. 2011 : Lawatan Pengerusi Perpustakaan Negeri ke tapak bilik Mini Perpustakaan di Balai Masjid
05. 05. 2011 : Sepetang bersama Koperasi Kampung Tenai Air Gelugor Berhad
05. 05. 2011 : Mesyuarat kenduri-kendara dirumah Puan Hamidah Omar
06. 05. 2011 : Kenduri tahlil arwah ke 100 hari dirumah Saudara Zulbahari Paim
08. 05. 2011 : Mesyuarat Permufakatan kampung / membincangkan kedatangan Menteri Besar NS.
11. 05. 2011 : Jam 8 pagi - Taklimat Operasi Membasmi Musuh Tanaman bersama Pejabat Daerah ( Unit
                      Keselamatan ), Pegawai RELA Daerah Tampin dan Pegawai Perhilitan dihadiri seramai 20
                      orang.
11. 05. 2011 : Gotong-royong mengecat Masjid
12. 05. 2011 : Kenduri tahlil arwah dirumah Puan Hamidah Omar
12. 05. 2011 : Majlis bacaan Yassin di Masjid untuk Saudara Ibrahim Haji Ali yang sakit tenat
13. 05. 2011 : Majlis pernikahan anak  Puan Hamidah Omar selepas Zuhur
13. 05. 2011 : Majlis bacaan Yassin dirumah Haji Ali  selepas Mahgrib.
14. 05. 2011 : Majlis pertunangan anak Saudara Shafie Md Zin
15. 05. 2011 : Majlis kenduri kahwin dirumah Puan Hamidah Omar
16. 05. 2011 : Sambutan hari guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua dihadiri sama JKKK Kampung
                      Tenai. Majlis bermula pada jam 11 pagi hingga 1 tengahhari.
17. 05. 2011 : Saudara Ibrahim Haji Ali meninggal dunia kerana kanser hati dan dikebumikan di Tanah
                      Perkuburan Air Gelugor. Jabatan Kesihatan memberikan kerjasama. Tahlil arwah dilakukan
                      3 hari berturut-turut.
18. 05. 2011 : Taklimat penggalak susu getah dan baja subsidi daripada RISDA untuk TSB dibawah Projek
                      Kampung Teknologi
19. 05. 2011 : Mesyuarat jawatankuasa kerja Ceramah Perdana Sempena Sambutan Israk dan Mikraj
19. 05. 2011 : Majlis bacaan yassin dirumah Haji Hashim bin Manggis
25. 05. 2011 : Mesyuarat khas kenduri krndara Persatuan Wanita di Balairaya Tenai
27. 05. 2011 : Berkampung dirumah Haji Ibrahim Maakmor.
28. 05. 2011 : Majlis kenduri kahwin dirumah Haji Ibrahim maakmor. YB ADUN turut hadir bersama isteri.
29. 05. 2011 : Kenduri tahlil arwah dirumah Haji Nordin Manja
29. 05. 2011 : Gotong royong membersih Balairaya oleh Persatuan Belia 4B.
30. 05. 2011 : Program penyemain benih dan baja oleh Jabatan Pertanian Daerah Tampin
31. 05. 2011 : Mesyuarat khas berkaitan lawatan YAB MB yang tidak hadir kerana masa terhad.