.


photobucket

Friday, March 12, 2010

Bila Tok Berkata...

Pada 4hb dan 5hb Mac 2010,di akhbar SINAR terpancar berita Tanah Pinggir Air Gelugor(TSB).Tok bukan nak menyalahkan atau menyokong mana-mana pihak cuma sebagai ketua kampung yang prihatin tidak sanggup mendengar keluhan orang kampung .....dan ingin menyampaikan kepada pihak yang berwajib yang dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan cara yang terbaik ibarat menarik rambut dalam tepung ...rambut tak putus tepung tak berselerak..

Namun Tok Din tertanya-tanya juga... maklumlah banyak persoalan yang tidak boleh terjawab diatas kertas sahaja....

Antara yang masih dalam beban fikiran Tok Din ini ialah;

1. Projek ini dipanggil TSB atau TSK? Setahu Tok Din perjanjian antara Tuan Tanah dengan Risda Smallholders Plantation Sdn.Bhd(RSPSB) dipanggil TSK iaitu Skim Tanaman Semula Komersial Dibawah urusan RSPSB.

2.Kenapa Pengurus Risda Plantation dari Ibu Pejabat langsung tidak mengulas keluhan penduduk kampung?

3.Pengerusi Jawatankuasa Projek tidak bergambar bersama dengan AJK lain yang sepatutnya mewakili peserta.....sebagai ketua kampung Tok Din cadangkan Ahli Jawatan Kuasa dipanggil berbincang dengan peserta ,duduk semeja untuk cara jalan penyelesaian .....kemaskinikan pentadbiran supaya lebih telus .... dan lebih mesra penduduk.....

4.Peserta yang mengeluh bukanlan calang-calang orang tapi terdiri dari penduduk yang berpendapatan rendah atau miskin tegar.... Kita mungkin tak rasa keperitan dan kesengsaraan mereka sebab kita bukan mereka tapi.....fahamilah mereka ...ada tanah... tapi tak ada pendapatan...

Tok Din syorkan cara jalan penyelesaian bukan menempelak mereka,mencabar mereka untuk mengusahakan sendiri... mereka orang kampung yang .. tak de ilmu akaun...tak tahu pemasaran...tak tahu urusan pengangkutan... kalau mereka tahu tu semua mereka tak lah susah seperti...tak lah mengeluh sepanjang hayat ....fahamilah mereka yang susah ni...bukan menuding jari kepada kemiskinan mereka....

5.Tok Din senyum dalam duka bila baca akhbar....Kalau boleh bawalah berbincang RSPSB kena lah memberi penjelasan kepada peserta dengan sejelas-jelasnya supaya perkara ini jadi telus dan semua pihak berpuas hati....kalau jawatan kuasa dah tak boleh bawak berunding Tok Din cadangkan biarlah Pihak RSPSB yang uruskan... atau apa-apa je lah cara yang terbaik....Jangan gajah sama gajah berlaga.....pelanduk yang mati ditengah .... dah lah kocik ....miskin lak tu....

Akhir kata bawalah ke meja perundingan .... kalau dulu orang tuo kito yang behompeh puleh nak cari pusako nak sonang ngan anak cucu tapi cam ni lak jadi nyo.... tapi untuk ingatan kita yang masih ada didiklah anak-anak dengan ilmu supaya kita tidak dipandang hina kerana ilmulah kita akan dipandang mulia insya'Allah.

3 comments:

  1. Kadang-kadang kita terlepas pandang, kalau kita mampu buat begini kepada orang yang tak berdaya, kita terlupa bahawa kita juga bakal beranak cucu.... mungkin nasib mereka juga akan jadi serupa. Tak kasihankah anda (pada mereka2 yang berkenaan!!!) pada keturunan anda nanti. Sedarlah, harta dunia tak boleh dibawa ke kubur. Jadi, pulangkanlah pada yang berhak supaya anda tak terseksa untuk menjawab di alam barzakh nanti!!!!

    ReplyDelete
  2. apo nak di tazkirahkan lg..org mcm ni kan ingek mati..bukti kukoh RASUAH bermaharajalelo dalam RISDA..

    ReplyDelete
  3. So apa lagi ditunggu?? Dato Shaziman & Dato Kamil jgn lah jadi kayu...bila nak siasat dan ambil tindakan!!!!

    ReplyDelete