.


photobucket

Sunday, January 2, 2011

" BILA TOK DIN BERKATA "

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia............

Lama dah Tok Din tak menulis di blog..Diam tak diam, genap 10 tahun Tok Din jadi ketua kampung.. Cukup lama rasanya......Apa pun jawatan ketua kampung akan berakhir dan tamat tempoh pada 31hb. April. 2011.. Sepanjang tahun 2010, macam2 perkara yang berlaku.... Alhamdulillah,,
pergolakkan dalam kampung kembali aman.. Rezeki orang kampung nampak selesa dengan kenaikkan harga getah.. Tapi bagi orang kampung status "Mudah Miskin" akan melanda bila musim hujan.. apa pun tok din harap bila tak hujan ni..simpan2 lah duit sikit..

Tentang peruntukkan yang turun ke kampung agak lembab.. mungkin ada kaitan dengan ekonomi  dunia.. Tok din xlah pakar dalam bab2 ekonomi.. Tapi segala kemudahan atau kemajuan untuk kampung ni,Tok Din akan cuba ikhtiarkan juga..Mudah-mudahan tahun 2011, dapatlah turun peruntukkan seperti dalam "Pelan Tindakkan Kampung 2011"..  Yang paling ketara,rezeki orang kampung murah..Tiap2 minggu mesti ada kenduri..Kenduri kahwin,kesyukuran,akikah, macam2 lagilah.... nampaknya selain gantung kuali..makin sihat2 lah orang Tenai...

Tok din merakamkan perhargaan terima kasih kepada Ahli Parlimen, ADUN Kawasan , Kerajaan Negeri , Pejabat Daerah dan jabatan2 yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada JKKK kampung selama ni..Sempena menyambut tahun baru ni..Tok Din mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog dan warga kampung.. Semoga tahun 2011 akan bertambah rezeki,sihat semuanya dan perpaduan dikalangan orang kampung bertambah.. Tok Din harap benar JKKK dan kepimpinan kampung dapat mempertingkatkan usaha terutama dari keceriaan kampung,, Semangat "SAYANGKAN KAMPUNG KITA" sentiasa ada dalam sanubari penduduk....

Sekian,Selamat maju jaya dari Tok Din..........

No comments:

Post a Comment