.


photobucket

Wednesday, April 25, 2012

Bila Tok Din Berkata . . . . .

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia .. Di harap semua pembaca Blog Tok Din sihat-sihat dan ceria sentiasa... Kali ni Tok Din nak tulis sikit mengenai PRU 13. Tok Din bertambah risau bila PRU 13 nak hampir-hampir dah. Sebagai Pengerusi Penyelaras Ketua-Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK DUN Gemencheh. Tok Din sibuk sungguh merancang dan mengatur program. Tak lain tak bukan menjurus ke arah pendekatan PRU 13, membantu YB ADUN. Soal CALON tak timbul ,siapa yang DIPILIH oleh pucuk pimpinan tu yang Tok Din bantu.. Tok Din tak nak pening-pening kepala hal calon ... Kerusi satu - calon mungkin 4 ke 5 orang , yang penting BN Menang. Penyelaras DUN telah menyusun banyak program. Setakat ni perancangan berjalan lancar. YB ADUN nampak cool, dia cakap dengan Tok Din kita akan terus berkhidmat , soal dipilih atau tidak biarlah ketentuan dari Allah s.w.t.


Antara program yang telah dijalankan :
1. Perjumpaan dengan Nazir dan Pegawai Masjid - 29.03.2012
2. Perjumpaan dengan ibu-ibu tunggal di Kolej Komuniti - 16.04.2012
3. Perjumpaan dengan Ketua-Ketua Adat - 18.04.2012
4. Bengkel Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Peringkat DUN di Menara Integriti ,Institut Intergriti Malaysia - 14.04.2012
5. Pertemuan dengan Kaum India di Felda Bukit Rokan
6. Pertemuan dengan Pengerusi-Pengerusi Ketua Kampung - 26. 04. 2012
7. Majlis makan malam dengan pertubuhan Belia di Dewan Sri Gemencheh - 27. 04. 2012



Tok Din rasa ada peningkatan dari sudut kasih sayang pengundi kepada BN .. InsyaAllah , Tok Din dan rakan - rakan ketua kampung dan Setiusaha JKKK akan terus berkhidmat untuk masyarakat. Jumpa lagi di lain masa dan ucapan terima kasih kepada YB ADUN yang sentiasa menyokong Program Tok Din. Apa yang Tok Din kena tabik dengan YB ADUN, sentiasa menepati masa , sanggup pula naik bas semasa pergi ke Seminar Intergriti.. Walau apa pun kami ketua-ketua kampung yang tak terikut cara beliau bekerja .. Sekian salam sayang dari Tok Din .

No comments:

Post a Comment