.


photobucket

Saturday, April 28, 2012

Projek Longkang Yang Telah Siap - Bernilai RM 30,000.00






Mesyuarat Penubuhan Penyelaras DUN Gemencheh Pada 19hb.04.2012




Seramai 100 Orang Ibu Tunggal yang Hadir Di Majlis Sepetang Bersama ADUN Gemencheh












Bengkel Pengukuhan Intergriti Pemimpin Masyarakat DUN Gemencheh seramai 82 Orang di Menara Intergriti IIM Pada 14hb.04.2012









Penolong Pengarah Sektor Sosiobudaya - Encik Anuar Haji Ahmad





Ybhagia Dr. Abdul Manan Ismail - Pensyarah Kanan USIM




Ucapan Perasmian Penutup Oleh YB Dato Mohd Kamil Bin Abdul Aziz






YBhagia Profesor Madya Datuk Zainal Abidin , Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia.














Mesyuarat JawatanKuasa Ketua-Ketua Kampung Peringkat Negeri Sembilan










Mesyuarat Ketua-Ketua Kampung Kali Terakhir Rumah Ke Rumah dirumah Ketua Kampung Felda Bukit Jalor , Gemencheh.









Lawatan Sambil Belajar TDK KEMAS Kg Tenai Ke Muzium TUDM Kuala Lumpr




Penyampaian Cenderahati dari TBK KEMAS Kg Tenai kepada Pegawai TUDM semasa Lawatan TDK KEMAS Kg Tenai pada 07hb.04.2012











Wednesday, April 25, 2012

Bila Tok Din Berkata . . . . .

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia .. Di harap semua pembaca Blog Tok Din sihat-sihat dan ceria sentiasa... Kali ni Tok Din nak tulis sikit mengenai PRU 13. Tok Din bertambah risau bila PRU 13 nak hampir-hampir dah. Sebagai Pengerusi Penyelaras Ketua-Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK DUN Gemencheh. Tok Din sibuk sungguh merancang dan mengatur program. Tak lain tak bukan menjurus ke arah pendekatan PRU 13, membantu YB ADUN. Soal CALON tak timbul ,siapa yang DIPILIH oleh pucuk pimpinan tu yang Tok Din bantu.. Tok Din tak nak pening-pening kepala hal calon ... Kerusi satu - calon mungkin 4 ke 5 orang , yang penting BN Menang. Penyelaras DUN telah menyusun banyak program. Setakat ni perancangan berjalan lancar. YB ADUN nampak cool, dia cakap dengan Tok Din kita akan terus berkhidmat , soal dipilih atau tidak biarlah ketentuan dari Allah s.w.t.


Antara program yang telah dijalankan :
1. Perjumpaan dengan Nazir dan Pegawai Masjid - 29.03.2012
2. Perjumpaan dengan ibu-ibu tunggal di Kolej Komuniti - 16.04.2012
3. Perjumpaan dengan Ketua-Ketua Adat - 18.04.2012
4. Bengkel Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Peringkat DUN di Menara Integriti ,Institut Intergriti Malaysia - 14.04.2012
5. Pertemuan dengan Kaum India di Felda Bukit Rokan
6. Pertemuan dengan Pengerusi-Pengerusi Ketua Kampung - 26. 04. 2012
7. Majlis makan malam dengan pertubuhan Belia di Dewan Sri Gemencheh - 27. 04. 2012



Tok Din rasa ada peningkatan dari sudut kasih sayang pengundi kepada BN .. InsyaAllah , Tok Din dan rakan - rakan ketua kampung dan Setiusaha JKKK akan terus berkhidmat untuk masyarakat. Jumpa lagi di lain masa dan ucapan terima kasih kepada YB ADUN yang sentiasa menyokong Program Tok Din. Apa yang Tok Din kena tabik dengan YB ADUN, sentiasa menepati masa , sanggup pula naik bas semasa pergi ke Seminar Intergriti.. Walau apa pun kami ketua-ketua kampung yang tak terikut cara beliau bekerja .. Sekian salam sayang dari Tok Din .

Thursday, April 5, 2012

Bila Tok Din Berkata

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia .... Masa berlalu dengan begitu cepat .. Sedar tak sedar dah masuk bulan April 2012 ... Bahang PRU - 13 makin terasa. Tugas Tok Din meneliti Daftar Pemilih Induk N35 dan Suku ke 3 berakhir 30 September 2011. Insyaallah Suku ke 4 yang berakhir 30 Disember 2011 akan disertakan pertengahan bulan April 2012 mungkin diguna pakai pada PRU Ke 13 .. Kemungkinan awal Jun 2012 kita akan menghadapi PRU Ke 13 .. Agak-agak ajee .... Penambahan bilangan pengundi bagi PRU Ke 13 keseluruhannya begitu ketara.. Tok Din yakin dengan 57.40% pengundi MELAYU yang berjumlah 30,934 dapat mengekalkan kerusi BN di Parlimen Tampin dengan syarat seluruh Ahli UMNO yang mencecah belasan ribu ( 16 ke 17 ribu ) kalau tak silap dengan dibantu dengan rakan-rakan BN , MIC . MCA , PPP dan lain-lain bekerja dengan penuh semangat diatas prinsip setia kawan , ikhlas untuk parti Insyaallah akan berjaya ..... Melalui pengalaman Tok Din 3 perkara perlu dikikis dari sanubari Ahli Parti iaitu pertama ; Sikap Musang Berbulu Ayam , Kedua ; Silent Protest . Ketiga ; Sindrom Bisu .. Sama-samalah kita berfikir demi perjuangan parti - Wallahualam .. Sampai disini sahaja Tok Din coretkan semoga berjumpa lagi ... Tok Din harap rakan-rakan Tok Din dalam Parti TERUSKAN PERJUANGAN .. Salam sayang dari Tok Din ...

Laporan Aktiviti JKKK Kg Tenai Air Gelugor Sepanjang Bulan march 2012

05 . 03. 2012 : Kelas tambahan untuk Pelajar UPSR bermula. 05 . 03. 2012 : Mesyuarat Agong LPP Unit Tenai 07 . 03. 2012 : Mesyuarat JawatanKuasa Kg Teknologi ( RISDA ) 11 . 03 . 2012 : Majlis perkahwinan anak Puan Salamah Maarus 12. 03 . 2012 : Majlis pelancaran Klinik Bergerak anjuran Klinik Kesihatan Gemencheh bersama JKKK Kg Tenai Air Gelugor 14 . 03 . 2012 : Majlis Kesyukuran dirumah Tuan Haji Bizar bin Ahmad 17 . 03 . 2012 : Majlis perkahwinan anak Puan Norliah Manap 19 . 03 . 2012 : Klinik Bergerak mula beroperasi dan Kelas AIM berjalan seperti biasa 22 . 03 . 2012 : Mesyuarat Jawatankuasa TDK 22 . 03 . 2012 : Majlis Taklimat Zakat di Masjid Kg Tenai 23 . 03 . 2012 : Majlis Pertunangan anak perempuan Encik Zulkifli bin Ghani 24 . 03 . 2012 : Majlis Akikah dirumah Puan Norsiah Rani 24 . 03 . 2012 : 10 orang ke PD dalam Program Kerja Sehari PM ke Negeri Sembilan 26 . 03 . 2012 : Khidmat Klinik Bergerak mendapat sambutan yang menggalakkan dari Penduduk Kampung.