.


photobucket

Wednesday, May 5, 2010

Lawatan Bench Mark JKKK Kg Tenai Air Gelugor Ke Kg Air Melintas Besar, Kepala Batas Pulau Pinang

kehadiran kami disambut baik dengan mesra

Lawatan Balas JKKK ke Kg Air Melintas Besar amat mengujakan kami... walaupun lawatan JKKK tapi kami tak pergi dengan AJK sahaja .... penduduk kampung yang ada kesempatan dan peluang pun gi jugak .... sebab sesekali perlu gak kita keluar untuk melihat panorama dan mendapat pengalaman baru ditempat orang .....ye lah jauh perjalanan luas pemandangan...... otak pu refresh gak...

Kami bertolak awal seawal 10.30 malam 9 April 2010 bukan ape .....jauh tuu... singgah solat subuh di Masjid ...... sorry tak ingat nama masjid yang kami singgah tu.... mandi bagi badan segar sikit dan solat subuh .....lepas tu meneruskan perjalanan ke Kg Air Melintas Besar , Kepala Batas..


sampai kat sana lebih kurang pukul 8.00 pagi ... kami diberi sarapan pagi ..sebelum memulakan acara maklumkan semalaman dalam bas apalagi .....kelaparan ....





Selesai sarapan acara dimulakan dengan ucapan aluan dari JKKK dan macam-macam ucapan .........dan akhirnya bertukar-tukar cenderahati.......



Ucapan dari Datok Ahmad Derus sangat bersemangat dan begitu teruja dengan kehadiran JKKK Kg Tenai serta berasa sangat bangga dengan ikatan antara dua kampung yan dimulakan dengan Air yang akhirnya bertemu jua walaupun jauh beribu batu satu di utara .... satu lagi di selatan

ucapan balas Tok Din .....walaupun penat tapi masih mampu berucap panjang ...
 
Kg Air Melintas Besar ni lebih maju dari segi ICT dan segala produk kampung telah pun masuk dalam rancangan TV

kami sedang asyik menonton video yang ditayang- hasil produk kampung yang diusahakan secara komersial - buah pinangkering yang dimport, kilang sos dan kicap,kumpulan nasyid....kompang dan mereka dah ade lagu kampung .....
cenderahati dari JKKK Kg Tenai Air Gelugor kepada JKKK Kg Air Melintas Besar
Cenderahati  dari JKKK Kg Air Melintas Besar  kepada Tok Din

Kalau Kg Air Melintas Besar begitu berbangga dengan nasi daging..... kalau kg Tenai Air Gelugor mestilah dengan rendang maman  nye ....Mmmm sodap...
Yg Berbahagia Datin tak kekok bersila bersama penduduk kg dan kami bersama-sama menyumbang tenaga dalam menyiapkan rendang maman




kaum ibu dari kedua-dua kampung mengacau rendang maman..... walaupun pertama kali bersua  tapi begitu mesra........

Sementara kaum ibu sibuk memasak.....para bapa  pula dibawa melawat kilang dan produk di Kampung Air Melintas Besar.....
Begitulah Catatan lawatan kami .....banyak yang dapat dipelajari dan yang penting sekali kita perlu memperbaiki diri demi memajukan kampung yang kita sayangi ....jadi yang berbakat tu ....turun la ke padang menyumbang tenaga .... jangan  mengharapkan segelintir   tenaga yang dah lama ni ......kami mahukan .....kemajuan kampung kamjuan bersama.  

Sunday, May 2, 2010

LAPORAN AKTIVITI JKKK KAMPUNG SEPANJANG BULAN MAC & APRIL 2010.

BULAN MAC

01.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN

05.03.2010 : Kenduri Sekampung Persiapan Program Sambutan Maulidur Rasul

06.03.2010 : Tuan Rumah Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN

08.03.2010 : Program Pencegahan dan Kesihatan anjuran Puteri UMNO Cawangan

10.03.2010 : Mesyuarat dan Taklimat Penerangan Borang E- Merah ICU

10.03 2010 : Mesyuarat J/Kuasa Induk Kejohanan Pencak Silat Piala Parlimen Kawasan Tampin

11.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Wanita UMNO Cawangan

12.03.2010 : Kunjungan Panel Hakim Anugerah Belia Negara Kategori Wira Tani ( Saudara Suhaimizan Bin Bizar )

15.03.2010 : Mesyuarat Khas J/Kuasa Sambutan Rombongan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke Masjid Kg. Tenai

16.03.2010 : Mesyuarat Pakatan Kenduri - Kendara di rumah Saudara Zurli

18.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Persediaan Pertandingan Pencak Silat Piala Parlimen Kawasan Tampin

19.03.2010 : Gotong - Royong di rumah Saudara Zurli

20.03.2010 : Majlis Sumbangan Fakir Miskin dan Rumah Mesra Rakyat bersama Rombongan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas di Masjid Kg. Tenai

20.03.2010 : Penyertaan JKKK dalam Program Pertandingan Pencak Silat Piala Parlimen Tampin di MRSM.

25.03.2010 : Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Dua

26.03.2010 : Pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian peringkat DUN di Padang Futsal Kg. Tenai

31.03.2010 : Mesyuarat J/Kuasa Pertandingan Futsal peringkat Parlimen Tampin

Majlis Kenduri-kendara : 2
Kematian : 1 ( Siti Noraini Bte Sabar )
Kemalangan J/Raya : 1


BULAN APRIL 2010.

03.04.2010 : Pertandingan Futsal Piala Pemuda UMNO Bahagian dirasmikan oleh YB Saudara Khairi Jamaluddin

07.04.2010 : Mesyuarat khas lawatan kujungan balas ke Kepala Batas, Pulau Pinang

08.04.2010 : Mesyuarat JKKK kampung

09.04.2010 : Lawatan kunjungan balas ke Kepala Batas, Pulau Pinang anjuran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin bersama JKKK.

15.04.2010 : Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat bersama Jabatan-Jabatan Daerah Tampin

Kematian : 1 ( Haji Yusuf Sahu )
Perletakan Jawatan Setiausaha JKKK : Saudara Zurli Che Ali

Saturday, April 17, 2010

BILA TOK DIN BERKATA.........

Pada 10hb April 2010, rombongan JKKK Kg. Tenai Air Gelugor membuat KUNJUNGAN BALAS ke KG AIR MELINTAS BESAR di KEPALA BATAS. Tok Din berasa seolah-olah kampung yang dilawati tu dah bertahun-tahun kami kenali pemghuninya. Kemesraan serta layanan baik yang kami terima dari anak-anak buah YBHG Datuk Ahmad Derun bersama YBHG Datin serta penduduk kampung masih terbayang - bayang dimata.Apa yang hendak tok din katakan ialah peranan JKKK sebagai Duta Produk Kampung. Rombongan kami juga mempromosikan RENDANG MAMAN bercampur AYAM KAMPUNG yang ramuannya kami bawa KHAS. Pihak sana menyediakan santan dan ayam kampung. Disana aktiviti memasak dijalankan secara bergotong-royong. Tak lupa juga buah tangan yang dibawa dari kampung seperti lemang , kuih bahulu dan penganan sirat. Mereka juga memperkenalkan masakan tradisi mereka iaitu NASI DAGING.. Dalam erti kata, cara kami lakukan timbul kemesraan , keikhlasan terpancar diwajah yang datang dan yang menyambut.Produk kampung memainkan peranan tanpa disedari. Terima kasih Datuk dan seluruh Kg. Air Melintas Besar. Insyaallah panjang umur berjumpa lagi......................

Monday, March 29, 2010

FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA TAMPIN 2010

Program tahunan Futsal Piala Pemuda Tampin 2010 DUN GEMENCHEH telah diadakan sekali lagi diadakan di Gelanggang Serbaguna Kg Tenai Air Gelugor pada sabtu lalu 27 Mac 2010. Program yang telah dirasmikan  oleh Y Bhg Dato' Nasarudin b Mahmud bermula seawal 8.00pg . Semuga acara sukan para belia seperti ini dapat diteruskan demi mengeratkan hubungan diantara belia di kampung dan juga belia-belia di Daerah DUN Gemencheh ini...tahniah diucapkan kepada belia-belia DUN Gemencheh yang sentiasa aktif dan bertenaga ...lebih baik lagi ...sentiasa bekerjasama dan bersatu hati...contohnya belia-belia kampung yang bekerja diluar sanggup balik ..mengambil bahagian .. itulah semangat bersatu hati dikalangan belia kami....tahniah..menang ke kalah bukan jadi ukuran..yang penting semangat kesukanan ....yang ditunjukkan majulah sukan untuk negara...majulah belia ...harapan bangsa ...respect pada semua ...yang baik jadikan tauladan ....yang buruk jadikan sempadan.... 
Kehadiran Y.Bhg Datuk Nasarudin Muhamad  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin selaku penasihat program dan  Ketua Kampung Tenai Air Gelugor- Tok Din

Peserta silat dari Persatuan Pencak Silat Kg Air Gelugor menunjukkan bakat semasa menyambut kehadiran Y.Bhg Datuk Nasarudin
 
Diantara para belia yang hadir seramai hampir dua puluh team ....semangat tu

begitu tekun mendengar dan menghayati ucapan perasmian dari
Y.Bhg. Datuk Nasarudin Muhamad

 
Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg. Datuk Nasaruddin Muhamad



Walaupun cuaca yang panas ....namun peserta dan penonton tetap bersemangat ...menyaksikan pertandingan
peserta team mana ni macam dah sabar nak masuk padang .....

Wednesday, March 24, 2010

KEJOHANAN PENCAK SILAT PIALA AHLI PARLIMEN TAMPIN

Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen Tampin yang telah diadakan pada 18 Mac 2010 bertempat di MRSM Gemencheh.Kejohanan anjuran bersama Akademi Sukan Pencak Silat UMNO Bahagian Tampin,JASA Negeri Sembilan,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin,Gerakan Belia 4B Tampin,Pesaka Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negara dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin diadakan secara sederhana dan telah berjaya menarik perhatian YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor merangkap Menteri Kerja Raya Malaysia, Adun Gemencheh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dan beberapa Ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia dan rombongan Belia 4B diikuti dengan majlis menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin .....Persediaan bermula dengan mesyuarat AJK kerja dan pembentangan kertas kerja... yang telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Isam b Mohd Isa selaku Penasihat Kejohanan Pencak Silat kali ini....



Kejohanan Pencak ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dengan harapan agar Kejohanan Pencak  Silat ini dapat mempertabat orang melayu dan agama Islam itu sendiri khasnya.
Acara pembukaan -pertunjukan seni silat dari para peserta



Acara Perasmian Penutup oleh YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor
Sebahagian Acara Pencak Silat yang dipertandingkan..


Penyampaian hadiah oleh YB Dato' Shaziman di Kemuncak  Kejohanan Pencak Silat kali ini

Friday, March 12, 2010

Bila Tok Berkata...

Pada 4hb dan 5hb Mac 2010,di akhbar SINAR terpancar berita Tanah Pinggir Air Gelugor(TSB).Tok bukan nak menyalahkan atau menyokong mana-mana pihak cuma sebagai ketua kampung yang prihatin tidak sanggup mendengar keluhan orang kampung .....dan ingin menyampaikan kepada pihak yang berwajib yang dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan cara yang terbaik ibarat menarik rambut dalam tepung ...rambut tak putus tepung tak berselerak..

Namun Tok Din tertanya-tanya juga... maklumlah banyak persoalan yang tidak boleh terjawab diatas kertas sahaja....

Antara yang masih dalam beban fikiran Tok Din ini ialah;

1. Projek ini dipanggil TSB atau TSK? Setahu Tok Din perjanjian antara Tuan Tanah dengan Risda Smallholders Plantation Sdn.Bhd(RSPSB) dipanggil TSK iaitu Skim Tanaman Semula Komersial Dibawah urusan RSPSB.

2.Kenapa Pengurus Risda Plantation dari Ibu Pejabat langsung tidak mengulas keluhan penduduk kampung?

3.Pengerusi Jawatankuasa Projek tidak bergambar bersama dengan AJK lain yang sepatutnya mewakili peserta.....sebagai ketua kampung Tok Din cadangkan Ahli Jawatan Kuasa dipanggil berbincang dengan peserta ,duduk semeja untuk cara jalan penyelesaian .....kemaskinikan pentadbiran supaya lebih telus .... dan lebih mesra penduduk.....

4.Peserta yang mengeluh bukanlan calang-calang orang tapi terdiri dari penduduk yang berpendapatan rendah atau miskin tegar.... Kita mungkin tak rasa keperitan dan kesengsaraan mereka sebab kita bukan mereka tapi.....fahamilah mereka ...ada tanah... tapi tak ada pendapatan...

Tok Din syorkan cara jalan penyelesaian bukan menempelak mereka,mencabar mereka untuk mengusahakan sendiri... mereka orang kampung yang .. tak de ilmu akaun...tak tahu pemasaran...tak tahu urusan pengangkutan... kalau mereka tahu tu semua mereka tak lah susah seperti...tak lah mengeluh sepanjang hayat ....fahamilah mereka yang susah ni...bukan menuding jari kepada kemiskinan mereka....

5.Tok Din senyum dalam duka bila baca akhbar....Kalau boleh bawalah berbincang RSPSB kena lah memberi penjelasan kepada peserta dengan sejelas-jelasnya supaya perkara ini jadi telus dan semua pihak berpuas hati....kalau jawatan kuasa dah tak boleh bawak berunding Tok Din cadangkan biarlah Pihak RSPSB yang uruskan... atau apa-apa je lah cara yang terbaik....Jangan gajah sama gajah berlaga.....pelanduk yang mati ditengah .... dah lah kocik ....miskin lak tu....

Akhir kata bawalah ke meja perundingan .... kalau dulu orang tuo kito yang behompeh puleh nak cari pusako nak sonang ngan anak cucu tapi cam ni lak jadi nyo.... tapi untuk ingatan kita yang masih ada didiklah anak-anak dengan ilmu supaya kita tidak dipandang hina kerana ilmulah kita akan dipandang mulia insya'Allah.

Monday, March 1, 2010

Aktiviti Gotong-royong


Kerana mementingkan keselamatan isi rumah penduduk kampung, satu aktiviti gotong-royong menebang pokok telah dijalankan pada 21hb Febuari,2010 di 3 buah rumah, yang disertai oleh Pengerusi JKKK Kg Tenai Air Gelugor sendiri, Ketua UMNO Cawangan (Encik Khalid Md Dah), Pengerusi Belia (Sdr. Suhaimizan Bizar) serta sebahagian penduduk kampung. Rumah yang terlibat adalah rumah Puan Kamariah Silin, Encik Khairuddin Md Shah dan Encik Bakar Alias.

Sebahagian penduduk kampung yang sama-sama terlibat dengan aktiviti gotong royong tersebut.


Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kerana ada di antara pokok yang ditebang mempunyai risiko yang tinggi untuk menimpa rumah atau kabel elektrik, jadi kerjasama di kalangan penduduk amat diperlukan.

Friday, February 12, 2010

Bila Tuk Din Berkata 2

Tuk Din terasa  sedeh dan pilu apabila mengenangkan nasib peserta Tanah Pinggir  Air Gelugor 2 yang menerima pendapatan hasil sawit sebanyak RM 444.00 dalam masa 4 bulan .Apa dah jadi ..... Tuk Din dan mengadu pada YB ADUN, Pegawai Daerah dan Timbalan Menteri..... cubalah kita renung-renungkan pendapatan sebanyak RM 110 sebulan umur sawit 9 tahun yang sepatutnya hasil nya maximum sedangkan peserta yang tidak bernaung bawah RISDA memperolehi pendapatan lebih kurang RM 600.Tuk Din risik-risik juga......peserta mengeluh dan bersabar selama ini..... hutang bertambah ......jika boleh penduduk berharap agar pendapatan dapat diagihkan secara bulanan ...... fikir-fikirkanlah ..... apa yang termampu dilakukan oleh penduduk yang serba  daif .... dan lagi tidak berkemampuan ini ....

Bila Tuk Din Berkata

Tahniah kepada Biro Keselamatan Kampung dan Ahli Ronda Malam Kg Tenai Air Gelugor kerana telah berjaya menangkap 2 orang penagih dadah dan pencuri getah.Operasi yang telah dijalankan bersama  Anggota Narkotik Balai Polis Tampin bermula 12.30 malam pada 12 Feb 2010. Tahniah sekali lagi dari Tuk Din ...... semuga segala permasalahan kampung akan dapat diselesaikan jika adanya kerjasama semua.Semuga terus bersatu dalam membenteras jenayah .....terima kasih semua ....

Monday, February 8, 2010

Mesyuarat Penyusunan Semula Pemuafakatan Majlis Kenduri-Kendara

Mesyuarat ini diadakan pada 7 Feb 2010 di Balairaya Kg Tenai Air Gelugor jam 3.00 petang bertujuan  untuk menyusun semula permuafakatan kenduri kendara kampung yang mempunyai keahlian seramai 54 orang. Pemuafakatan yang sekian lama ditubuhkan ini diberi nadi pengerak baru supaya terus mantap dan terus berfungsi seperti yang diharapkan. Permuafakatan yang dipimpin oleh Tok Din ini menjadi  penggerak utama dalam menyatu padukan penduduk kampung.Biasanya seminggu sebelum kenduri diadakan satu majlis pemuafakatan yang dipanggil ' berkampung' akan diadakan. Dalam majlis ini menu,perjalanan kenduri dan bilangan jemputan akan dibincangkan.Majlis perbincangan ini sangat penting sebagai persediaan awal .Tuan rumah akan menyediakan bahan-bahan keperluan yang diminta dan ahli persatuan terutama yang menjadi chef-chefnya akan membuat perancangan supaya kerja memasak berjalan teratur dan lancar.Semua perkara perlu dibincangkan dengan teliti dan mendapat kata sepakat antara tuan rumah dan ahli permufakatan.
antara ahli persatuan yang hadir ke mesyuarat

 Pada hari Kenduri berlangsung ahli-ahli perlu hadir seawal jam 8.00 pagi dan balik lebih kurang 2.15 petang.Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing.Agihan tugas akan disusun secara bergilir. Alhamdulillah kata sepakat sudah dicapai pada mesyuarat tersebut.Semuga dengan adanya mesyuarat majlis penyusunan semula Persatuan Kenduri-Kendara Kg Tenai Air Gelugor ini menjadikan majlis kenduri dikampung kita lebih tersusun dan lebih sistematik. Good Luck and akhir kata Kerja Sepakat Membawa Berkat.Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Kata kerana Sepakat.