TOK DIN MENDAPAT ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL BAGI TAHUN 2012 .
Wednesday, February 29, 2012
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Gemencheh
Pada 19. 02. 2012 seramai 30 orang peserta dari Kg Tenai telah menyertai Perarakkan Maulidur Rasul Peringkat DUN Gemencheh yang diadakan di Sekolah Menengah Bukit Jalor.

TOK DIN MENDAPAT ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL BAGI TAHUN 2012 .

TOK DIN MENDAPAT ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL BAGI TAHUN 2012 .
Laporan Aktiviti JKKK Kg Tenai Air Gelugor Bagi Bulan Februari 2012
04. 02. 2012 - Kenduri Akikah dirumah Hajah Solomo
06. 02. 2012 - Kenduri tahlil Arwah dirumah Encik Md. Din Yusuf
06. 02. 2012 - Majlis bacaan yassin / tahlil dirumah Imam Ali Akhbar
07. 02. 2012 - Majlis bacaan yassin dirumah Puan Kamariah Silin
09. 02. 2012 - Majlis kesyukuran dirumah Tuan Haji Ibrahim Maakmor
11. 02. 2012 - Seramai 53 orang menerima baucer BR1M daripada YB ADUN di Dewan Sri Gemencheh.
15. 02. 2012 - Emak Encik Zurli bin Che Ali meninggal dunia dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tenai. Majlis bacaan yassin dan tahlildiadakan 3 malam berturut-turut.
18. 02. 2012 - Seramai 90 orang menerima Baucer BR1M daripada YB Dato' Shaziman bin Abu Mansor di Dewan Sri Gemencheh.
19. 02. 2012 - Penyertaan Maulidur Rasul Peringkat DUN Gemencheh 2012 seramai 30 peserta terlibat.
19. 02. 2012 - Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Kg Tenai
22. 02. 2012 - Seramai 10 0rang menerima baucer BR1M daripada YB ADUN di Dewan Sri Gemencheh
23. 02. 2012 - Mesyuarat JKKK kali pertama
24. 02. 2012 - Mesyuarat Agung TDK KEMAS Kg Tenai
25. 02. 2012 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kariah.
28. 02. 2012 - Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Dua dan dirasmikan oleh Ybhagia Dato Aziz
Perhatian : Sehingga 29. 02. 2012 seramai 127 orang telah menerima sumbangan BR1M.

Friday, February 24, 2012
Majlis Perjumpaan IbuBapa Dan Mesyuarat Agung Tabika KEMAS Kg Tenai 2012
Dari kiri : Encik Anuar Ali ( Pegawai KEMAS daerah ) , Tok Din , Cikgu Fairudz
Ucapan alu-aluan oleh Encik Anuar Ali
Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi TDK KEMAS Kg Tenai , Tok Din
Ibu Bapa yang hadir semasa Mesyuarat Agung TDK KEMAS
Penyampaian Cenderahati kepada Jemputan Dan Cabutan Nombor Bertuah Kepada Penjaga .
Penyampaian Hadiah kepada Kanak-kanak TDK KEMAS.
Friday, February 3, 2012
Laporan Aktiviti JKKK Kampung Tenai Air Gelugor bagi bulan Januari 2012.
01.01.2012 - Jam 3.00 petang gotong-royong memasak di Masjid Kg Tenai sempena majlis bacaan yassin dan tahlil sempena menyambut Tahun Baru.
Jam 7.00 malam - Majlis bacaan yassin, tahlil serta penyampaian sumbangan Bakul berupa barangan makanan harian kepada 15 orang warga emas ajuran JKKK Kg, Masjid, UMNO cawangan dan KEMAS Daerah Tampin. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pergerakkn Pemuda UMNO bahagian Tampin.
03.01.2012 - Jabatan Perhilitan Gemas memasang perangkap untuk menangkap harimau kumbang yang menyerang kamning peliharaan penduduk kampung.
08.01.2012 - Allahyarhamah Rozilawati Mohd Din meninggal dunia di Hospital Seremban dan selamat dikebumikan jam 6.30 petang di Tanah Perkuburan Kg Tenai. Sebelah malam selepas Isyak dirumah Saudara MdDin Yusu. Komitmen penduduk kampung menyempurnakan Fardhu Kifayah masih kurang penglibatan semua penduduk kampung.
09.01.2012 - Majlis bacaan Yassin / Tahlil diadakan dirumah Encik Md din Yusuf selama 3 hari seperti lazimnya.
12.01.2012 - Majlis bacaan Yassin/Tahlil sempena Hari Ke-Puteraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Masjid Kg Tenai dihadiri YB Dato' Mohd Kamil bin Abdul Aziz , ADUN Kawasan Gemencheh serta penyampaian sumbangan kepada 31 warga emas dari tabung JKKK.
14.01.2012 - Seramai 17 orang wakil kampung ke PWTC menghadiri Majlis Pelancaran Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA) oleh Perdana Menteri Malaysia.
16.01.2012 - 4 orang terpilih sebagai peserta untuk menerima Baucer Bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) di Kompleks Belia Paroi Seremban oleh YAB Menteri Besar bermula jam 9.00 pagi.
18.01.2012 - Jam 3.00 petang , sikap tidak bertanggungjawab sebuah lori bernombor MAX 7634 melanggar sebatang tiang telefon di jalan Tenai Tengah tumbang melintang di tengah jalan dengan keadaan wayar berselirat. Tindakan pihak TM Gemencheh menyelenggara dengan kadar segera dalam tempoh tak sampai 3 jam demi keselamatan pengguna.
22.01.2012 - Majlis kenduri Akikah Rumah Haji Jailani
26.01.2012 - Kecurian kabel Telekom di Jalan Tenai Tengah berlaku lagi. Laporan Polis juga telah dibuat.
27.01.2012 - Kenduri tahlil dirumah Saudara Zulbahari bin Paim
28.01.2012 - Kenduri tahlil arwah dirumah Saudara Zainal Abidin Ahmad Zameri.
30.01.2012 - Seramai 35 menerima BRIM Fasa 2 di Dewan Sri Melawati.

Bacaan Yassin Dan latihan Marhaban
Friday, January 20, 2012
Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Baru Gedok.
Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Baru Gedok dihadiri bersama YB Dato' Mohd Kamil bin Abdul Aziz dan beberapa pemimpin Gemencheh. Majlis penyampaian sumbangan kepada warga Emas dan tarian singa memeriahkan majlis. Majlis dihadiri oleh penduduk setempat yang terdiri daripada kaum Cina, India dan Melayu.

Thursday, January 19, 2012
Wednesday, January 18, 2012
Bila Tok Din Berkata .....
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia ...
Pembuka Tirai 2012 ini didalam ruang 'Bila Tok Din Berkata' ada dua tiga perkara yang hendak Tok Din kongsi dengan pembaca untuk kenangan bersama ...
Pertama-Menyambut Tahun Baru Tok Din mengajak semua kepimpinan kampung mengadakan Bacaan Yassin dan Tahlil di Masjid kampung Tok Din. KEMAS Daerah tumpang sekali untuk menyampaikan bantuan yang Tok Din sebut Sumbangan kepada 'Warga Emas'dikampung Tok Din seramai 15 orang,sumbangan yang berbentuk barang keperluan makanan. Istilah "sumbangan" bukan "Bantuan" sebagai penghormatan kepada warga emas yang pernah berjasa kepada kampung. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Kedua-Sempena Keputeraan Yang Di Pertuan Besar majlis yang sama diadakan. Kali ini Tok Din menjemput YB ADUN. Penerima sumbangan bertambah seramai 31 orang menggunakan duit tabung JKKK. Bukan bermakna JKKK Tok Din banyak duit tapi Tok Din rasa biarlah warga emas yang dapat merasai penghargaan kami
sebagai pemimpin kampung. YB ADUN, Ketua-Ketua Kampung, Pemuda UMNO, AJK UMNO Bahagian hadir sama.
Ketiga- Semasa di majlis, Tok Din menyuarakan pandangan dan cadangan Tok Din kepada orang kampung, Musim ini Musim buah-buahan. Sampaikan tak termakan-makan ,nak jual pun harga pasaran terlalu rendah bahkan takda .Tok Din syorkan orang kampung "BERSEDEKAH" pada penuntut MRSM Gemencheh.Orang kampung Tok Din menyahut pandangan Tok Din. Mereka mengumpul semua buah-buahan yang ada , bawa ke masjid pada 13.1.2012. Selepas solat Jumaat kami beri pada wakil MRSM yang hadir dengan niat; SEDEKAH INI UNTUK ARWAH DATUK,NENEK,AYAH DAN IBU yang menanam pokok buah-buahan tersebut. Biarlah soal pahala Allah s.w.t. yang menentukan,yang penting niat penuh IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. Tok Din syorkan kalau banyak lagi sedekahkan pada orang yang lalu lalang dijalan Utama Tampin Gemas buat sepanduk " SINGGAH-SINGGAH BUAH-BUAHAN PERCUMA". Setakat ini masih belum ada yang memulakan. InsyaAllah akan datang kot.
Keempat - Pada 18hb.1.2012 ,Sikap Tidak Bertanggungjawab sebuah lori crane yang melalui jalan kampung,melanggar sebatang tiang Telekom patah dan tumbang bersama wayar TM yang melintang di jalan raya. Jalan tersebut digunakan oleh penduduk kampung untuk keluar masuk. Perkara yang berlaku lebih kurang jam 3 petang. Bila Tok Din terima panggilan pertama, Tok Din fikir
keselamatan pengguna. Kedua,ibu bapa yang menggunakan jalan tersebut nak hantar anak ke sekolah pada waktu pagi. Mula-mula Tok Din naik angin juga telefon TM Gemencheh tidak berjawab. Akhirnya terpaksa juga Tok Din telefon TM Kuala Lumpur. Jawapan yang Tok Din terima , tak menyenangkan. Jawapan standard,'kena tunggu seminggu'!! Akhirnya Tok Din usaha sendiri dengan Setiusaha JKKK dan Nazir Masjid mencari pekerja TM Gemencheh. Akhirnya jumpa dan diatas pertimbangan mereka bersetuju datang dan membetulkan sementara dengan mengalihkan tiang yang patah dan wayar telefon yang
berselirat ditengah jalan. Tok Din mengucapkan terima kasih semoga kerja-kerja yang mereka buat mendapat keberkatan Allah s.w.t. Apa yang hendak Tok Din tekankan ialah SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB pemandu lori tersebut.Baru 2 hari lepas pun berlaku kes langgar lari di Pekan Gemencheh. Apatah lagi sekarang ini musim orang curi kabel telekom. Tok Din menung fikirkan Kerajaan sedang menerapkan nilai-nilai murni, bertanggungjawab dan sebagainya. Apa akan terjadi kalau terlibat kemalanagan nyawa??? Sama-samalah kita renungkan ..... Diatas perkara ini Tok Din membuat laporan Polis
pihak Polis mencari pemandu lori tersebut. Nasib baik ada saksi yang melihat, dapatlah nombor lori tersebut.
Penutup celoteh Tok Din kali ini menjelang PRU-13, Tok Din menyeru rakan-rakan Tok Din dalam JKKK daerah Tampin khususnya TANAMKAN SEMANGAT SAYANGKAN PARTI. Lebih-lebih lagi semua Ahli JKKK seperti Tok Din, berada didalam satu parti, UMNO.. Tok Din cemburu jugak bila Tok Din tengok kehadiran penyokong lawan yang begitu ramai dan begitu bersemangat di malam 15hb.1.2012 semasa perlancaran Tunggak 9 PKR di Gemas. Tok Din tak nak sentuh soal ISU . Tok Din pergi dengan niat nak dengar dan tengok. Apa yang Tok Din cemburu ialah kehadiran mereka yang datang dari LUAR penuh semangat. Hanya Tok Din terkilan budak-budak yang baru habis sekolah terlibat sama ,budak-budak yang masih bersekolah digunakan untuk mengutip derma. Jangan kita pandang ringan hal ini. Sama-samalah kita renungkan... Salam sayang dari Tok Din untuk pembaca yang setia. Tok Din akui Tok Din bukannya orang yang terpelajar sangat.. Maaf dari Tok Din.. InsyaAllah Kita berjumpa di lain kali .....

Friday, January 13, 2012
Santapan Jiwa ! (:
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ... Hari ini Tok Din nak berkongsi sedikit kelebihan kita menghafal dan mengamalkan Asma' Ul Husna.
Sabda Rasulullah S.A.W. :
|Dari Abu Hurairah ra.,beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda :
|"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama , iaitu seratus kurang satu : Sesiapa yang
|menghafal seluruhnya , masuklah ia ke Syurga"
Selain dari itu barang sesiapa yang mengamalkan InsyaAllah akan :
~ Dimakbulkan hajatnya
~ Dilimpahkan rezeki dan kekayaan
~ Terselamat dari bala bencana
~ Disembuhkan penyakitnya
~ Ditingkatkan kedudukan dan darjatnya
~ Diterangkan hati semasa menuntut ilmu
~ Sejahtera dan bahagia hidupnya
~ Dan berbagai-bagai lagi fadhilatnya ....
JOM kita amalkan selalu ... :)

Wednesday, January 11, 2012
Majlis Bacaan Yassin / Tahlil Serta Penyampaian Sumbangan Untuk Warga Emas Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Majlis bacaan Yassin / Tahlil sebagai menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Besar sempena Ke-Puteraan Ke Bawah Duli Yam Tuan yang ke 64 Tahun. Semoga Ke Bawah Duli Yam Tuan beroleh kesejahteraan dan juga Rakyat Negeri Sembilan. YB Dato' Mohd Kamil menggesa supaya lebih banyak program Masjid diadakan. Beliau juga menasihati agar sistem penyata kewangan masjid diperbaiki mengikut peraturan yang betul, beliau berasa dukacita sedikit bilangan masjid yang mempunyai rekod penyata kewangan tidak mencapai sasaran. Sempena Hari Ke-Puteraan beliau mendoakan kesejahteraan dan menjunjung kasih ke Bawah Duli Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.
Penyampaian sumbangan JKKK kepada warga emas sebagai penghargaan dan terima kasih JKKK kepada yang telah membantu dan menyumbang kepada kampung. Sumbangan wang RM 300.00 kepada keluarga Encik Md. Din bin Yusuf yang kembalinya ke Rahmahtullah Saudari Rozilawati , iaitu anak perempuan beliau yang disampaikan sumbangan oleh Ahli Parlimen Tampin melalui Ketua UMNO Cawangan , Saudara Khalid Md Dah.
Gotong Royong Penduduk Kampung Memasak

YB Dato' Kamil sedang memberi ucapan majlis dihadiri sama oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin , Penghulu Mukim Gemencheh Tok Nal , Ketua - Ketua Kampung Mukim Gemencheh , Guru Besar S.K.S.D.

Jemaah yang hadir ...

Para Ibu yang turut serta ...

Barisan pemimpin sedang menjamu selera

Subscribe to:
Posts (Atom)