.


photobucket

Monday, March 29, 2010

FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA TAMPIN 2010

Program tahunan Futsal Piala Pemuda Tampin 2010 DUN GEMENCHEH telah diadakan sekali lagi diadakan di Gelanggang Serbaguna Kg Tenai Air Gelugor pada sabtu lalu 27 Mac 2010. Program yang telah dirasmikan  oleh Y Bhg Dato' Nasarudin b Mahmud bermula seawal 8.00pg . Semuga acara sukan para belia seperti ini dapat diteruskan demi mengeratkan hubungan diantara belia di kampung dan juga belia-belia di Daerah DUN Gemencheh ini...tahniah diucapkan kepada belia-belia DUN Gemencheh yang sentiasa aktif dan bertenaga ...lebih baik lagi ...sentiasa bekerjasama dan bersatu hati...contohnya belia-belia kampung yang bekerja diluar sanggup balik ..mengambil bahagian .. itulah semangat bersatu hati dikalangan belia kami....tahniah..menang ke kalah bukan jadi ukuran..yang penting semangat kesukanan ....yang ditunjukkan majulah sukan untuk negara...majulah belia ...harapan bangsa ...respect pada semua ...yang baik jadikan tauladan ....yang buruk jadikan sempadan.... 
Kehadiran Y.Bhg Datuk Nasarudin Muhamad  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin selaku penasihat program dan  Ketua Kampung Tenai Air Gelugor- Tok Din

Peserta silat dari Persatuan Pencak Silat Kg Air Gelugor menunjukkan bakat semasa menyambut kehadiran Y.Bhg Datuk Nasarudin
 
Diantara para belia yang hadir seramai hampir dua puluh team ....semangat tu

begitu tekun mendengar dan menghayati ucapan perasmian dari
Y.Bhg. Datuk Nasarudin Muhamad

 
Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg. Datuk Nasaruddin Muhamad



Walaupun cuaca yang panas ....namun peserta dan penonton tetap bersemangat ...menyaksikan pertandingan
peserta team mana ni macam dah sabar nak masuk padang .....

Wednesday, March 24, 2010

KEJOHANAN PENCAK SILAT PIALA AHLI PARLIMEN TAMPIN

Kejohanan Pencak Silat Piala Ahli Parlimen Tampin yang telah diadakan pada 18 Mac 2010 bertempat di MRSM Gemencheh.Kejohanan anjuran bersama Akademi Sukan Pencak Silat UMNO Bahagian Tampin,JASA Negeri Sembilan,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin,Gerakan Belia 4B Tampin,Pesaka Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negara dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin diadakan secara sederhana dan telah berjaya menarik perhatian YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor merangkap Menteri Kerja Raya Malaysia, Adun Gemencheh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dan beberapa Ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia dan rombongan Belia 4B diikuti dengan majlis menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin .....Persediaan bermula dengan mesyuarat AJK kerja dan pembentangan kertas kerja... yang telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Isam b Mohd Isa selaku Penasihat Kejohanan Pencak Silat kali ini....



Kejohanan Pencak ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Dato' Mohd Kamil b Abd Aziz dengan harapan agar Kejohanan Pencak  Silat ini dapat mempertabat orang melayu dan agama Islam itu sendiri khasnya.
Acara pembukaan -pertunjukan seni silat dari para peserta



Acara Perasmian Penutup oleh YB Dato' Shaziman b Hj Abu Mansor
Sebahagian Acara Pencak Silat yang dipertandingkan..


Penyampaian hadiah oleh YB Dato' Shaziman di Kemuncak  Kejohanan Pencak Silat kali ini

Friday, March 12, 2010

Bila Tok Berkata...

Pada 4hb dan 5hb Mac 2010,di akhbar SINAR terpancar berita Tanah Pinggir Air Gelugor(TSB).Tok bukan nak menyalahkan atau menyokong mana-mana pihak cuma sebagai ketua kampung yang prihatin tidak sanggup mendengar keluhan orang kampung .....dan ingin menyampaikan kepada pihak yang berwajib yang dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan cara yang terbaik ibarat menarik rambut dalam tepung ...rambut tak putus tepung tak berselerak..

Namun Tok Din tertanya-tanya juga... maklumlah banyak persoalan yang tidak boleh terjawab diatas kertas sahaja....

Antara yang masih dalam beban fikiran Tok Din ini ialah;

1. Projek ini dipanggil TSB atau TSK? Setahu Tok Din perjanjian antara Tuan Tanah dengan Risda Smallholders Plantation Sdn.Bhd(RSPSB) dipanggil TSK iaitu Skim Tanaman Semula Komersial Dibawah urusan RSPSB.

2.Kenapa Pengurus Risda Plantation dari Ibu Pejabat langsung tidak mengulas keluhan penduduk kampung?

3.Pengerusi Jawatankuasa Projek tidak bergambar bersama dengan AJK lain yang sepatutnya mewakili peserta.....sebagai ketua kampung Tok Din cadangkan Ahli Jawatan Kuasa dipanggil berbincang dengan peserta ,duduk semeja untuk cara jalan penyelesaian .....kemaskinikan pentadbiran supaya lebih telus .... dan lebih mesra penduduk.....

4.Peserta yang mengeluh bukanlan calang-calang orang tapi terdiri dari penduduk yang berpendapatan rendah atau miskin tegar.... Kita mungkin tak rasa keperitan dan kesengsaraan mereka sebab kita bukan mereka tapi.....fahamilah mereka ...ada tanah... tapi tak ada pendapatan...

Tok Din syorkan cara jalan penyelesaian bukan menempelak mereka,mencabar mereka untuk mengusahakan sendiri... mereka orang kampung yang .. tak de ilmu akaun...tak tahu pemasaran...tak tahu urusan pengangkutan... kalau mereka tahu tu semua mereka tak lah susah seperti...tak lah mengeluh sepanjang hayat ....fahamilah mereka yang susah ni...bukan menuding jari kepada kemiskinan mereka....

5.Tok Din senyum dalam duka bila baca akhbar....Kalau boleh bawalah berbincang RSPSB kena lah memberi penjelasan kepada peserta dengan sejelas-jelasnya supaya perkara ini jadi telus dan semua pihak berpuas hati....kalau jawatan kuasa dah tak boleh bawak berunding Tok Din cadangkan biarlah Pihak RSPSB yang uruskan... atau apa-apa je lah cara yang terbaik....Jangan gajah sama gajah berlaga.....pelanduk yang mati ditengah .... dah lah kocik ....miskin lak tu....

Akhir kata bawalah ke meja perundingan .... kalau dulu orang tuo kito yang behompeh puleh nak cari pusako nak sonang ngan anak cucu tapi cam ni lak jadi nyo.... tapi untuk ingatan kita yang masih ada didiklah anak-anak dengan ilmu supaya kita tidak dipandang hina kerana ilmulah kita akan dipandang mulia insya'Allah.

Monday, March 1, 2010

Aktiviti Gotong-royong


Kerana mementingkan keselamatan isi rumah penduduk kampung, satu aktiviti gotong-royong menebang pokok telah dijalankan pada 21hb Febuari,2010 di 3 buah rumah, yang disertai oleh Pengerusi JKKK Kg Tenai Air Gelugor sendiri, Ketua UMNO Cawangan (Encik Khalid Md Dah), Pengerusi Belia (Sdr. Suhaimizan Bizar) serta sebahagian penduduk kampung. Rumah yang terlibat adalah rumah Puan Kamariah Silin, Encik Khairuddin Md Shah dan Encik Bakar Alias.

Sebahagian penduduk kampung yang sama-sama terlibat dengan aktiviti gotong royong tersebut.


Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kerana ada di antara pokok yang ditebang mempunyai risiko yang tinggi untuk menimpa rumah atau kabel elektrik, jadi kerjasama di kalangan penduduk amat diperlukan.

Friday, February 12, 2010

Bila Tuk Din Berkata 2

Tuk Din terasa  sedeh dan pilu apabila mengenangkan nasib peserta Tanah Pinggir  Air Gelugor 2 yang menerima pendapatan hasil sawit sebanyak RM 444.00 dalam masa 4 bulan .Apa dah jadi ..... Tuk Din dan mengadu pada YB ADUN, Pegawai Daerah dan Timbalan Menteri..... cubalah kita renung-renungkan pendapatan sebanyak RM 110 sebulan umur sawit 9 tahun yang sepatutnya hasil nya maximum sedangkan peserta yang tidak bernaung bawah RISDA memperolehi pendapatan lebih kurang RM 600.Tuk Din risik-risik juga......peserta mengeluh dan bersabar selama ini..... hutang bertambah ......jika boleh penduduk berharap agar pendapatan dapat diagihkan secara bulanan ...... fikir-fikirkanlah ..... apa yang termampu dilakukan oleh penduduk yang serba  daif .... dan lagi tidak berkemampuan ini ....

Bila Tuk Din Berkata

Tahniah kepada Biro Keselamatan Kampung dan Ahli Ronda Malam Kg Tenai Air Gelugor kerana telah berjaya menangkap 2 orang penagih dadah dan pencuri getah.Operasi yang telah dijalankan bersama  Anggota Narkotik Balai Polis Tampin bermula 12.30 malam pada 12 Feb 2010. Tahniah sekali lagi dari Tuk Din ...... semuga segala permasalahan kampung akan dapat diselesaikan jika adanya kerjasama semua.Semuga terus bersatu dalam membenteras jenayah .....terima kasih semua ....

Monday, February 8, 2010

Mesyuarat Penyusunan Semula Pemuafakatan Majlis Kenduri-Kendara

Mesyuarat ini diadakan pada 7 Feb 2010 di Balairaya Kg Tenai Air Gelugor jam 3.00 petang bertujuan  untuk menyusun semula permuafakatan kenduri kendara kampung yang mempunyai keahlian seramai 54 orang. Pemuafakatan yang sekian lama ditubuhkan ini diberi nadi pengerak baru supaya terus mantap dan terus berfungsi seperti yang diharapkan. Permuafakatan yang dipimpin oleh Tok Din ini menjadi  penggerak utama dalam menyatu padukan penduduk kampung.Biasanya seminggu sebelum kenduri diadakan satu majlis pemuafakatan yang dipanggil ' berkampung' akan diadakan. Dalam majlis ini menu,perjalanan kenduri dan bilangan jemputan akan dibincangkan.Majlis perbincangan ini sangat penting sebagai persediaan awal .Tuan rumah akan menyediakan bahan-bahan keperluan yang diminta dan ahli persatuan terutama yang menjadi chef-chefnya akan membuat perancangan supaya kerja memasak berjalan teratur dan lancar.Semua perkara perlu dibincangkan dengan teliti dan mendapat kata sepakat antara tuan rumah dan ahli permufakatan.
antara ahli persatuan yang hadir ke mesyuarat

 Pada hari Kenduri berlangsung ahli-ahli perlu hadir seawal jam 8.00 pagi dan balik lebih kurang 2.15 petang.Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing.Agihan tugas akan disusun secara bergilir. Alhamdulillah kata sepakat sudah dicapai pada mesyuarat tersebut.Semuga dengan adanya mesyuarat majlis penyusunan semula Persatuan Kenduri-Kendara Kg Tenai Air Gelugor ini menjadikan majlis kenduri dikampung kita lebih tersusun dan lebih sistematik. Good Luck and akhir kata Kerja Sepakat Membawa Berkat.Bulat Air Kerana Pembetung Bulat Kata kerana Sepakat.

Friday, January 15, 2010

LAWATAN PEGAWAI VETERIAR DAERAH TAMPIN


kami penternak sentiasa ditunjukajar oleh pegawai dari Jabatan Veterinar Daerah Tampin


kegembiraan jelas terpancar bila kejayaan telah dicapai


lembu yang sihat menjadi keutamaan penternak


penternak lembu feedlot yang dicalon ke pertandingan penternak daerah


pengerusi JKKK kampung turut turun padang memberi sokongan kepada penduduk kampung


lawatan pegawai veterinar daerah bersama JKKK Kg Air Gelugor Tenai ke Ikhlas Farm


senyuman bangga suami hasil dorongan dan sokongan dari isteri tercinta

Tuesday, January 5, 2010

SEJARAH KG TENAI AIR GELUGOR

KAMPUNG AIR GELUGOR-TENAI DAN SEJARAHNYA

PENGENALAN

Ketika ini agak sukar untuk kita melihat ciri-ciri tradisinya masih dikekalkan samada cara kehidupan sosialnya, mahupun rumah-rumahnya di kampung-kampung di Negeri Sembilan kerana kebanyakan kampung-kampung ini berubah mengikut arus kemodenan dan pembangunan Negara semasa.  Namun begitu kampong Air Gelugor Tenai masih mengekalkan ciri-ciri rumah tradisi dan cara hidup yang sentiasa bermuafakat antara satu sama lain.  Dengan adanya pertumbuhan pesat Bandar-bandar berhampiran seperti Gemas dan Gemencheh pihak kampung telah mewujudkan peluang pekerjaan dengan membuka ladang-ladang sayur-sayur dan buah-buahan,pengeluar kuih tradisonal ,ternakan berskala besar demi memenuhi pemintaan dan bekalan Negara.


SEJARAH PENEROKAAN

Kampung AIR GELUGOR-TENAI dibuka sekitar 1900 iaitu 105 tahun yang lalu.  Kampung ini diterokai oleh KASIH dan adiknya SERUN.  Sebelum ini kampong ini adalah hutan menandakan kawasan hutan ini terdapat sumber air dan tanah yang subur mereka berdua telah meneroka tanah ini.  Kedua-dua beradik ini berasal dari keluarga FATIMAH yang berasal dari Gedok iaitu 5km dari kampong ini.  Dalam adat pepatih kaum wanita menjadi pewaris harta tanah pusaka dengan itu mereka berdua telah berusaha meneroka tanah untuk penempatan baru.

TUAN HJ AHMAD BIN SERUN iaitu anak kepada allahyarham SERUN menceritakan bahawa ayah dan bapa saudaranya telah berusaha menjadikan kawasan hutan ini kepada kawasan penempatan.Tuan Hj Ahmad, menceritakan nama kampung ini diambil sempena dari pokok asam gelugor yang ada dikawasan Empangan Batu &Kolam di Taman Reakrasi yang ada sekarang.  Pokok asam gelugor ini mempunyai buah yang lebat dan banyak jatuh kedalam sungai.  Begitu juga dengan nama Tenai, ianya diambil dari pokok yang banyak terdapat ditepi-tepi sawah padi di kawasan kampong ini.

Empangan batu yang ada hari ini asalnya dibina oleh Kasih untuk mengalirkan air kekawasan sawahnya.  Pada ketika itu ianya diperbuat dari kayu dikenali sebagai Empangan Pancang.

Allahyarham Serun semasa hayatnya merupakan Datuk Lembaga,Datuk Andaka serta merupakan Datuk Penghulu Kampung Air Gelugor.  Kampung ini juga merupakan tempat persinggahan ke Gemas di mana pada masa itu penduduk terpaksa berjalan kaki satu destinasi ke satu destinasi di Tanah Melayu sekitar 1920an.  Tempat persinggahan ini dikenali sebagai nama Perhentian Jering,disini mereka akan berhenti memasak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Menurut Tuan Hj Ahmad lagi, terdapat sebuah cerita dongeng berkenaan lubuk yang terletak berhampiran dengan masjid kampung Sungai Dua di mana lubuk ini mampu membunuh individu yang mengamalkan ilmu kebal dengan memasukkan orang kebal itu kedalam lubuk tersebut.  Sekian serba ringkasnya sejarah bermula Kampung Air Gelugor Tenai.

TOK DIN YDP KETUA KAMPUNG TAMPIN

Pengerusi JKKK yang juga Ketua Kampung Tenai Air Gelugor , Baharudin A Rashid atau Tok Din dipilih semula sebagai Yang Di Pertua Persatuan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tampin , baru-baru ini .

Beliau dipilih sebulat suara dalam majlis mesyuarat agung persatuan itu di rumah rehat kerajaan Tampin dimana YB Dato  Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh telah berkenan merasmikan mesyuarat agung itu .

Hadir sama dalam majlis itu ialah KPPD Gemas Encik Razali Bakar , Penghulu Gemencheh dan wakil daripada Persatuan Ketua Kampung Negeri Sembilan .

Dalam ucapannya , Tok Din meminta supaya pertadbiran JKKK di pisahkan daripada politik bagi menjamin keberkesanan peranan JKKK dalam menjalankan tugasnya kepada masyarakat kampung .



Katanya , memang cadangan awal perlantikan JKKK adalah daripada cawangan tetapi satelah perlantikan , sewajarnya Ketua Kampung diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan tugasnya .

Dengan cara itu katanya , Ketua Kampung dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan dan tanpa ada rasa bimbang bahawa tindakan yang diambil mendapat gangguan dari pihak lain .

Selain itu , beliau juga berharap supaya elaun pengerusi dan setiausaha JKKK dikaji semula supaya kadar yang ada sekarang dapat di pertingkatkan .

Menurutnya , keadaan ekonomi semasa menunjukan jumlah elaun itu terlalu kecil dan tidak setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab seseorang ketua kampung .

" Ketua kampung adalah segala-galanya di kampung dari mesyurat di daerah , dikampung  sampaikan kematian dan kemalangan serta pertikaian rumah tangga juga menjaga tugas Ketua kampung .

" Malahan ada Ketua Kampung yang terpaksa menyumbang dalam bentuk kewangan dan tenaga jika ada anak buah yang menghadapi musibah atau kesulitan ," katanya .

Beliau berharap , semua Ketua Kampung mempertingkatkan pengetahuan masing-masing supaya seiring dengan peredaran semasa .